"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Thursday 28 February 2013

Sweetnyer Macam madu~


             

                     Assalammualaikum w.b.t kepada antum pembaca yang osem2 belaka..hehe..pertama-tamanya dan selama-lamanya mari kita lahirkan  rasa syukur kepada Allah kerana kita masih bole menggerakkan jari jemari, sel darah merah dan putih masih lagi bebas mengalir dalam pembuluh darah tubuh kita dan atas segala-galanya yang Allah pinjamkan untuk kita..*xkan habis kalau nak taip satu2 nikmat Allah kan.

   .Mari bercakap tentang dunia.

  






         seorang pemuda  tengah berjalan- jalan ditepi hutan untuk mencari udara segar, ketika dia tengah berjalan, tiba -tiba terdengarlah Bunyi auman suara harimau…Auuuummmm… .!!!!!
                
             Seekor harimau yang sedang lapar Dan mencari mangsa untuk mengisi perutnya  tiba-tiba Sudah berada dihadapan pemuda .

         pemuda tadi  takut, diapun berlari lintang-pukang, Harimau yang sedang lapar tentunya tidak Begitu saja melepas mangsa empuk di depan matanya, harimau itupun mengejar pemuda tadi., sedang dia berlari,dia melihat sebuah perigi tua yang kering,..terlintas Dibenaknya untuk masuk kedalam perigi kering itu,..karena harimau pasti tidak akan mengejarnya ikut masuk perigitersebut.      

            Beruntungnya perigi tersebut ditengahnya Ada tali menjulur ke bawah, jadi pemuda tadi tidak harus melompat yang mungkin saja membuat kakinya patah.Tapi tali itu pendek Dan takkan dapat membantu dia sampai kedasar perigi, hingga akhirnya dia bergayut ditengah- tengah perigi, ketika tengah bergayut,Dia mendongakkan mukanya keatas ternyata harimau tadi masih menunggunya dibibir perigi, Dan ketika dia menunduk kebawah, terdapat dua ekor ular yang sangat besar.         
            Ketika dia tengah berpikir cara keluar, tiba-tiba dari Pinggir perigi  Ada satu lubang. Maka keluarlah seekor tikus putih..ciiit…ciiit. .. ….ciit…yang naik meniti tali pemuda tadi dan mula menggigit tali tempat pemuda tadi bergayut,.. muncul pula seekor tikus hitam yang melakukan hal sama seperti tikus putih. Sedikit demi sedikit tali digigit tikus dan semakin tipis.
       

            Cemas dia berpikir,… jika aku naik keatas ….sudah pasti harimau menerkamku,. ..jika menunggu disini…lama- lama tali itu akan putus Dan Ular besar kat bawah sedang menanti .. Saat itulah dia mendengar dengungan rombongan lebah yang sedang mengangkut madu untuk dibawa kesarang Mereka,..dia mendongakkan wajahnya keatas..Dan tiba-tiba jatuhlah setitis madu dari lebah itu langsung tertelan ke mulut pemuda tadi. Spontan pemuda tadi berkata…      
      " Subhanallah ..Alangkah manisnya madu Ini,..baru sekali ini aku merasakan madu semanis Dan selazat ini…!!!" Dia lupa akan ancaman Ular dan harimau tadi....                        

   Eh jap, ape kaitan cite ni dengan Dunia???

      Macam ni, Pemuda tadi adalah Kita semua, harimau yang mengejar adalah maut , ajal memang selalu mengejar dan semakin hari semakin hampir. Dua ekor Ular adalah malaikat munkar Dan nakir yang menunggu Kita di alam kubur .Tali tempat pemuda bergayut adalah  umur Kita,..Tikus putih Dan tikus hitam adalah siang Dan juga malam. siang dan malam melambangkan umur, apabila bergantinya siang dan malam menunjukkn  umur kita umur semakin bertambah dan semakin dekat dengang ajal..Madu setetes adalah nikmat dunia yang hanya sebentar.Bayangkan madu setitis tadi masuk ke dalam mulut pemuda,…sampai dia lupa akan ancaman harimau Dan ular,.. begitulah Kita, ketika Kita menerima nikmat sedikit, Kita lupa kepada Allah. Lupa kepada kematian.Ketika susah baru ingat kepada Allah..Astaghfirullah..


Jadi cerita ini mengisahkan tentang dunia yang banyak menipu manusia dengan nikmat sementara..




"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)



“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah keseronokan yang memperdayakan” (Maksud Ali ‘Imran: 185).








Sunday 24 February 2013

"Ish, Ana nak buang sampah pun nak menyibuk"

 Asalamualaikum antum semua,apa khabar iman kita? mari sama-sama panjatkan rasa syukur serta perbaharui iman kita kepada Allah s.w.t..

   Sedikit perkongsian kali ini tentang apa yang ana lalui baru-baru ini. Ana kira perkara ini tidaklah besar mana kalau nak dibandingkan dengan besarnya stadium bukit jalil dan besarnya perut seorang ahli sumo..hehe tapi peristiwa ini berjaya menyebabkan rasa malu, rendah hati serta husnuzzon(bersangka baik) kembali bertapak dalam hati ana yang da kering dengan karat keegoan ni...aiyokk tak taiyokk

   Pada satu petang yang sejuk dan berangin kisah ini berlaku di suatu bagunan yang mempunyai penghuni yang osem seperti ana..awww..ok2 back to the story, ana tengah membantu roomate ana Rasyeed nama die yang tengah rajin kemas rumah *actually terpaksa time tu sebab ana tengah rehat malas2..hehe..maka apabila kemas2 rumah tu terbongkarlah encik sampah dan encik lipas yang menyembunyikan diri di rumah kami selama ini..

         Ditakdirkan kami memang tinggal dekat 5th floor tanpa lif , maka nak buang encik2 sampah tersebut perlulah dipikul ulang-alik 5 tingkat menggunakan tangga. Soal stamina tidak menjadi masalah kerana kami memang ada baka Usain Bolt, tapi ditakdirkan Allah pada hari itu,ketika itu tangga bangunan tersebut basah baru sahaja di cuci oleh cleaner bangunan tersebut.Kami pun  memikul encik sampah dengan penuh sopan santun kerana khuatir tergelincir.Satu2 anak tangga dipijak penuh teliti.


  Ketika berada di tangga tingkat yang terakhir, sambil memikul encik sampah yang banyak, kelihatan roomate ana tu sedang berbual dengan pak guard. Dulu pernah jugak kami buang sampah, pak guard datang bagi lecture pasal recycle sampah hampir sejam. Dengan bahasa korea yang pekat ana susah nak faham mmg ana angguk je sepanjang masa..Disebabkn pernah kena lecture ngan pak guard tu dulu terus ana terdtik dalam hati " ish, nak buang sampah mesti ade pakcik ni. sibuk je!"....kranggggg!!!..sejenak terdetik perkara tersebut dalam hati ana terus dengar bunyi sampah2 serta botol kaca jatuh dan ana sedar yang ana terlentang kat tangga tu..hambekk kau~

   Roomate ana nampak ana jatuh, die pun tros datang tolong ana kutip encik sampah yang bertaburan. ketika tu ana tanya roomate ana " pak guard tu ceramah lagi ke?"  rasyeed jawab, " takdelaa pakcik tu tolong asingkan sampah2 tu"..Astaghfirullah! time tu ana baru sedar, ana bersangka buruk dengan pakcik tu..Mungkn Allah nak bagi pengajaran supaya ana jangan bersangka buruk lagi. Ana bersyukur kerna ana jatuh dan masih hidup, andainya ana mati ketika itu?..nauzubillah..

  Maka perkongsian ana hari ini sebenarnya nak ajak antum semua sentiasa bersangka baik dengan semua orang. Jangan sesekali suuzzon yakni bersangka buruk kepada sesiapa pun tapi kena diselitkan dengan sifat hati-hati jangan lurus bendul pulak....ok??? 


“Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan”  

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim