"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Monday 13 April 2015

Dosamu itu Membelenggumu.

Assalamualaikum.w.b.t saudara saudari yang membaca..
  
   Bismillah sebagai pembuka bicara untuk entry kali ini...sebelum start cerita, meh sama2 ucap alhamdulillah ucapan syukur kepada Allah yang Maha Esa, sehingga hari ini terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita yang lupa nak kita ucapkan syukur..kn? kn? kn?

  Hari ini saya nak share sesuatu yang ringkas tetapi dengan harapan dapat membuat kita semua berfikir sedalam-dalamnya.



Hasan Bashri pernah ditanya oleh seseorang, “Wahai Abu Sa’id, saya pernah tidur semalaman tanpa terjaga (diwaktu malam). Padahal saya ingin beribadah diwaktu malam, dan saya telah mempersiapkan diri dengan bersuci. Apa sebenarnya yang terjadi pada diri saya ini sehingga saya tidak mampu bangun?”. Hasan Basri menjawab, “Kesalahan-kesalahanmu telah membelenggumu”.


Imam Tsauri berkata
“Saya tidak dapat beribadah diwaktu malam selama lima bulan akibat suatu kesalahan yang telah saya lakukan”. Kemudian ia ditanya, “Kesalahan apa itu?” Ia menjawab, “Saya melihat orang menangis, lalu saya berkata dalam hati, itu pura-pura”.




Sebahagian salaf berkata:
"Sungguh apabila aku melakukan maksiat pada Allah, aku dapat lihat kesannya pada kelakuan haiwan tungganganku dan isteriku."
[ Al-Jawab Al-Kafi, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah ] 


  Sudah tentu kita juga pernah alamai suatu ketika ringan je nak buat ibadah, selepas lama rasa berat pula...mungkin ada kesalahan dan dosa yang kita lakukan dalam sedar ataupun tidak..Tanpa kita sedari dosa dan kesalahan itu menjadi titik-titk hitam dalam hati yang memberatkan hati kita untuk melakukan ibadah dan rasa jauh dari Allah. Kita sebenarnya dibelenggu oleh kesilapan kita sendiri.Maka  berusahalah menjauhi kesalahan dan sentiasa  perbaharui taubat kita.


 Seorang ulama berkata,


 “Sebagaimana solat mencegah perbuatan keji dan mungkar, maka perbuatan keji juga mampu mencegah solat dan amal ibadah yang lain”.



Jadi apa tindakan yang perlu kita lakukan ?



Setiasalah mengamalkan Istighfar dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat.




Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : 

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

"Seluruh anak Adam berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang bertaubat" (HR Ibnu Maajah no 4241, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani)  



Sesungguhnya kita faham benar dan tahu bahawa mustahil untuk kita terlepas dari melakukan dosa kan?. Oleh itu sangatlah rugi kiranya kita mengabaikan amalan bertaubat dan beristighfar. Kerana Allah sangat menyayangi hambaNya yang bertaubat.


"...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  -Al Baqarah : 222-





Semoga Kita terus thabat di atas jalan yang lurus.