"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Sunday 14 July 2013

Tatkala Ana Berpoket Kosong





Tidaklah hasil didikan bulan ramadhan itu dilihat ketika bulan ramadhan. Tetapi lebih kepada selepas bulan ramadhan. Adapun sebelum ramadhan kita malas beribadat, maka sepatutnya selepas ramadhan nanti tidaklah pula kita malas. Adapun jika sama kita sebelum dan selepas ramadhan, atau lebih teruk dari sebelum ramadhan, maka kita telah mensia-siakan bulan yang suci ini.

Maka tidaklah juga mampu kita mencapai hasil bulan yang baik ini jika kita tidak tahu apakah matlamat atau hadaf bulan ramadhan ini. Ibarat kita menaiki menaiki kereta tanpa ada destinasi yang nak dituju. Hmm senang kate takut nanti jadi sia-sia pulak..

Samar-samar.

. Sudah selesai sehari berpuasa. Mungkin masih samar-samar apakah matlamat sebenar bulan ramadhan ni. Tapi masih ada 25 hari lagi untuk kita usahakan yang terbaik.

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang BERTAQWA”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

" Semoga kamu bertaqwa". Allah telah jelaskan sendiri hadaf puasa ramadhan ini adalah untuk mewujudkan taqwa dalam diri manusia. Ciri-ciri taqwa itu pula telahpun diterangkan dalam Surah Albaqarah ayat 177.

لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ (١٧٧

". Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan), peminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janjinya apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang-orang yang BERTAQWA"

Ini sedikit perkongsian ceramah tentang ramadhandari seorang ustaz dari syria yang datang ke surau tempat ana . Dia juga berpesan banyakkanlah bantuan terutama kewangan kepada rakyat syria dan mesir. Ketika itu mereka menjalankan sedikit kutipan derma untuk rakyat syria dengan bantuan NGO Haluan Siswa(kalau tak silap).Walaupun sedikit sumbangan kita, sebenarnya kita telah menempah nama disisi Allah, sebagai melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.*kata2 menusuk benak kalbu ana yang berpoket kosong ketika itu..uhukk sentap..zass!

Jom tingkatkan produktiviti amalan sampai penghujung ramadhan! Yezza!

Assalamualaikum..

Bad perenting

Selesai solat tarawikh.sedang berjalan keluar masjid, terlihat seorang kanak-kanak kecil. Sedang duduk di tangga. Kelihatannya khusyuk memandang sesuatu yang dipegangnya. Berjalan dekat ke arah kanak-kanak itu. Rupanya dia sedang khusyuk bermain game. Dia sedang memegang smartphone. Melihatnya teringat kepada Ihsan dan Iman. Dua kanak-kanak yang ana selalu jumpa semasa di korea atas hal tertentu.

Tegur.

Kenapa ingat pada mereka?. Manakan tidak, mereka penah menegur ana tentang penggunaan smartphone. " no smartphones and gadgets allowed in this room" kata Iman, yang baru sahaja berumur 7 tahun. Dia menegur ana yang pada ketika itu sedang menggunakan smartphone. Fahamlah ana, kanak-kanak perlukan tumpuan dari orang besar terutama ibubapa. Kadang2 kita tak perasan kita sibuk dengan smartphone, kita tumpukan perhatian pada orang lain. bukan pada kanak-kanak je malah orang dewasa sesama orang dewasa juga. mungkin dengan ibu bapa kita. mana kita tahu, ntah2 ,mak ayah kita ade terasa dengan kita sebab asik dok nergayut ngan fon.So, the first lesson is jangan guna gadgets depan kanak-kanak terutamanya bagi ibubapa,.

Peristiwa berbeza. Satu hari ana bawa ipad mini semasa berjumpa dengan Ihsan dan Iman. Mulanya ana saja ingin bermesra dengan Ihsan, jadi ana keluarkan Ipad, main game bola dengan Ihsan. Iman nampak ana main game bersama abangnya Ihsan, mula dia jeles. Mulalah mereka bergaduh. Dan, Ihsan pula seronok sangat rasanya dengan game tu asik selongkar beg ana carik Ipad tersebut. Akhirnya, ana menyesal bagi Ihsan main game tu. Baru sedar bagi main game dekat kanak-kanak is bad parenting. Tak bagus. So, second lesson is Jangan bagi gadget dekat kanak-kanak.

Seronok.

Gadget macam smartphone or ipad memang bagus banyak kegunaan. Tapi tak sesuai untuk kanak-kanak kecil. Dalam umur 7-10tahun umur sepatutnya kanak-kanak di kenalkan dengan Allah. Dididik mengenal Allah. Gadjet atau videogame akan merosakkn fikiran kanak-kanak yang akhirnya susah untuk fahamkan mereka tentang Tuhan, kerana minat mereka sudah tertumpu kepada keseronokkan gadget dan games.

Jadi, berbalik kepada kanak-kanak yang kat masjid tadi, sibuk dengan smartphonenya khusyuk main game ditangga surau sedangkan jemaah lain sedang solat. Silapnya bila anak kecil diberi gadget. Jujur, ana mempunyai henset sendiri pun selepas Spm guna gaji pertama masa buat part-time. Baru faham kenapa ayah ana tak kasi pakai fon masa sekolah.

Ini sekadar pendapat, tak salah dan tak betul. Mungkin boleh difikir2kan.hukhukhuk
Moga Allah redha.

Friday 12 July 2013

Huduh kalau dikerat-kerat

Anda sekarang berada di kedai hadiah. Sedang memilih hadiah untuk seseorang yang istimewa. Mungkin sahabat, ibubapa atau guru. Perkara apa yang akan anda utamakan untuk memilih hadiah tersebut?. Harga? Kecantikam? Jenama? Atau yang penting ia berguna untuk penerima hadiah tu nanti?

Sebagai pemberi hadiah, kita mesti gembira tengok orang yang kita bagi hadiah tu dok selalu  pkai hadiah yang kite bagi. Rasa terharu pun ade kan..rasa dihargai bile orang pakai barang yang kita bagi.weeeeeeeeeee!

Jom kita pikir sat,

Rasa- rasa agama islam yang Allah dah hadiahkan ni kalau kita guna  mesti Allah suka kan. Takkan nak simpan je hadiah Allah bagi ni  dalam buku teks agama islam..eheh. 

ALLAH SWT berfirman yang artinya :
“Sesungguhnya agama(cara hidup) yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam”
[Ali Imran : 19]

Islam bukanlah sekadar agama buku teks. Islam adalah cara hidup. Makan,minum,buang air, beli-belah, bercakap, berhibur, berperang, berkawan dan macam- macam 'ber' lagi ada acuan islam.  Cara untuk dapatkan redha Allah hanyalah dengan mengamalkan agama islam dalam hidup. Kita guna hadiah yang Allah kasi..haip2

Contoh kalau kita dapat hadiah sehelai baju t-shirt laa kan, nak ke kita gunting baju tu jadi dua. Pastu kita pakai sebelah je baju tu. sebelah lagi berbogel riang terdedah badan kita. Baju yang kita dapat hadiah tu rosak la kan bila digunting camtu. Nak pakai pun nampak huduh bebenor. Keke

Begitu juga Islam, bila kita kerat sama-sini , huduh pula nampaknya nanti. Ada orang memilih amalkan islam pada majlis tertentu sahaja. Majlis kahwin dan majlis pengebumian. 
Ada memilih tutup aurat bila lawat kubur je, mungkin malu dengan mayat yang tak bernyawa. Ada memilih nak solat 5 waktu je, luar waktu solat tu satu kebebasan lakukan apa shaja. Ada memilih makan makanan yang halal je, perbuatan takda halal haramnya. Ada memilih cakap baik dengan orang tua je, dengan orang lebih muda boleh sumpah seranah tak tentu hala. Ya, ramai yang memilih. Islam dikerat-kerat. Dijuzukkan. Mana yang menguntungkan kehendaknya diikut, mana yang bertentangan dengan kehendaknya ditolak..dush!

Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud: 

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."

Masuklah kamu kedalam islam secara menyeluruh! Tapi macam mana? Jahiliyyah sangat menebal nih. Sobs. 

Sorang ikhwah yang ana cintai kernaNya, selalu berpesan supaya kuatkan hubungan dengan Allah. Ini masalah iman. Seorang pencuri takkan mencuri, seorang penzina takkan berzina jika ada iman dalam hatinya. Seorang muslim takkan mengamalkan sebahagian dan menolak sebahagian islam jika ada iman yang kuat dalam hatinya. Tidaklah dia sangsi dan ragu untuk amalkan islam jika benar imannya ye dok?

Tapi lagi satu persoalan, apakah cara terbaik menguatkan hubungan dengan Allah? Ana tiada jawapan, mungkin anda lebih tahu. Kerna perjalanan kerohanian setiap insan itu berbeza kan..cuma mungkin boleh dimulakan dengan membersihkan hati kita ni dengan 5 perkara..

1. Baca Al-quran dan maknanya,
2. Sholat malam dirikanlah,
3. Berkumpullah dgn orang yg sholeh,
4. Perbanyaklah berpuasa,
5. Dzikir malam berpanjangan

Kita perlukan tarbiyyah. Ikutlah usrah atau halaqah yang mendidik kita secara berterusan. Lagi best berubah reramai, ada kawan yang sentiasa tolong sama-sama nak ubah diri kita nanti :) kerna orang yang beriman itu bersaudara! Hoho

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

Assalamualaikum.

Tuesday 2 July 2013

Enta kuat berjalan


الناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ. إِذَا فَقُهُوا

 "manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah terpilih juga mereka ketika Islam, sekiranya mereka faham."(sahih Bukhari)


Bosan.Shefiq membaca hadith yang tertulis dalam buku notanya. Hadith yang disalinnya ketika berbulatan gembira minggu yang lalu. Fikirannya mula bersayap dan mula terbang ke awangan. Mula dia terfikirkan apakah logam yang ada pada dirinya. Hadith yang seringkali di terangkan menggunakan kisah Umar Al khattab. Di mana ketika Umar belum menjadi muslim dia sangat bengis dan ditakuti orang. Setelah memeluk islam bengisnya tetap ada tetapi diguna ke jalan yang benar. Menjadi pembela dan penguat umat islam tatkala umat islam masih sedikit dan ketakutan. Itulah logam atau kebolehan Umar ketika jahiliyah dan setelah dia memahami islam.

Cemburu.

Fikiran Shefiq terus tenggelam dalam lautan tanda tanya dan ingin tahu. " Jelesnya dengan Haris, dia pandai berkata-kata. Boleh dia bagi daurah bagi talk smua..hmm apa aku boleh buat?"..hatinya bertutur sendiri. Mula dia membuka laptopnya. Menggerakkn mouse menghalakan cursor membuka laman social facebook. Dia melihat wall kawannya penuh dengan gambar2 yang diedit dengan ayat Al-quran. " hmm pandai Ersyad ni tangkap gambar. Pastu dia guna untuk berdakwah pulak..jelesnya.." Hatinya berbicara lagi. 

Gambar2 pada wall facebook kawannya Ersyad itu di like satu- persatu. Dia kembali ke bahagian News Feed.  25minit yang lalu kawannya Hezim  telah berkongsi satu link blog. Blog itu habis dibaca. " kalaulah aku mampu nak tulis blog macam Hezim kan best.bole ak berdakwah dengan menulis".terkeluar spontan dari mulutnya. Shefiq terus melayari internet. Ditutup laman sosial facebooknya. Dia mula mencari bahan-bahan tambahan untuk berusrah pada esoknya. Sudah dihadam bahan asas untuk disampaikan pada anak usrahnya, kini dia mencarik bahan-bahan tambahan untuk anak-anak usrah.

Esoknya..
Dengan lafaz bismillahi tawakkaltu a'lallah. Walaa haula wala quwwata illa billah, Shefiq melangkah keluar rumah. Tak sabar dia ingin menyampaikan bahan pengisian kepada anak usrahnya. Sedang dia berjalan tunduk memandang bawah kerna menjaga pandangan pada perempuan korea yang kurang sopan pakaiannya pada musim panas itu, dia terlanggar sahabatnya Bukery. Kebetulan menghala ke arah yang sama, mereka berjalan bersama. Mereka bersahabat fillah. Berbuallah mereka tentang perihal agama sambil berjalan.

Mungkin hadith yang dibaca semalam masih lagi pekat di fikirannya, Shefiq terlepas kata spontan dari mulutnya tatkala mereka rancak berbual tentang dakwah. " Bukery, ana rasa down sket semalam baca hadith logam..ntahlaa ana tak jumpa apa logam dalam diri ana ni.Orang lain petah berkata-kata, pandai photography dan pandai menulis..ana xtau pandai ape..sobs". Tenang Bukery melihat wajah sahabat fillahnya. Perlahan bibirnya mengukir senyum berbicara." Enta takde logam?? Eheh..bergurau ape ni Shefiq. Meh ana cakap sket. Sekarang ni anta nak pergi mana ni? Usrah kan?".

Actions speak louder than words.

Shefiq mengangguk. Bukery meneruskan bicara " kalaulah yang pandai menulis tu logam tembaga, enta ni logam emas tau tak. Yang menulis tu berdakwah guna kelebihan pena dan masa je. Enta berdakwah ni kerah masa, tenaga, duet dan keringat nak kesana sini" kata bukery dengan semangat. "Enta tak engat ke dulu kalau ana jumpa enta tengah jalan mesti enta tengah otw pegi shoping laa, pegi lotte world laa, pegi everland laa mcm2 lagi laa. Tapi sekarang bile jumpa enta tengah jalan, mesti enta nak pegi usrah laa, daurah laa, rehlah laaa dan macam2 laa yang baik tujuannya" bukery berhenti seketika. Tersenyum. " Enta tau, logam enta sebenarnya enta suka berjalan. Kalau dulu jalan enta ke tempat takde pekdah, sekarang enta berjalan lakukan kerja dakwah. Yang enta lakukan  dakwah fardhiah ni tak semua orang nak buat tau. Bergembiralah wahai sahabatku" bukery mengakhiri bicaranya dan mereka berpisah disitu kerana menaiki bas berbeza arah.

Berjalan seorang diri.Shefiq tersenyum. Mula sedar akan logamnya. Dia bukan seorang yang petah berkata-kata, tidak pandai menulis panjang, tidak juga pandai fotografi tetapi dia pandai berbuat.Dia cergas bergerak kesana kemari berdakwah mentarbiyah anak-anak usrahnya.  Dia adalah man of action. Kerna jika banyak bercakap dan menulis belum tentu banyak yang dibuatnya. Islam tidak tersebar tanpa peluh dan debu. Jika tiada orang yang sentiasa bergerak cergas berdakwah, hanya menulis,hanya berkata-kata..islam tidak akan tersebar. Shefiq terus bergerak ke tempat usrahnya sambil berdoa kepada Allah supaya di tsabatkan hatinya di jalan Dakwah. Tersenyum lagi :)

Itulah kisah seorang ikhwah kuat berjalan.

Monday 1 July 2013

Mari beriman sejenak : Pak Cik Bilal


Selesai solat isya. Orang ramai mula keluar dari masjid.  Sebahagian jemaah  ke bilik khas menyediakan juadah moreh(jamuan kecil di surau/masjid) di luar ruang solat utama. Kedengaran bunyi enjin motor dihidupkan, sebahagian jemaah terus bergerak ke rumah seorang penduduk kampung kerana ada tahlil arwah. Sementara sebahagian jemaah sedang solat sunat di ruang solat utama.

Duduk di belakang, sudut kiri ruang solat utama. Baru membuka Al-quran tiba-tiba.. " assalamualaikum, ko siapa yea? Wak kok macam kenal je muke ko ni, tapi xingat siapa." Kedengaran satu suara pekat slang jawanya. Melihat ke depan. Berdiri seorang lelaki 50an  di hadapan ana. Ternyata beliau adalah bilal surau. Memang dari dulu lagi masjid itu dipenuhi alunan suaranya.

Senyum. "Saya anak misnan.." Jawab ana. " owh ye ke anak misnan?, patutlah macam kenal. Ko blaja mana yea?" tanya beliau lagi. "Saya hmm belajar dekat korea wak, baru balik jumaat lepas." Jawab ana lagi. Ana lupa nama wak (pakcik) tu. Sebab da lama sangat tak jumpa. Padahal kenal je dulu. Anak perempuannya dulu satu tadika dengan ana. Dan wak tu  kawan ayah ana.

Selesa.

Perbualan kami bersambung panjang. Macam2 kami bualkan. Sehinggalah kami menikmati moreh bersama. Beberapa kali juga dia bergurau pasal gangnam style, lawak jugak wak nih..hehe. Tetapi yang ana kagum dengan wak tuh sebabnya antara soalan awal yang di tanya pasal korea ialah pasal dakwah islam. " Dekat sana dakwah islam ok ke?"..tanya Wak Bilal tu pada ana. Tersenyum ana. Bukan apa, boleh dikatakan dia orang pertama yang ana jumpa, terus  bertanya tentang dakwah. Sedang kebanyakan orang mungkin bertanya tentang makanan, kpop dan sebagainya..

Kata-kata wak bilal tu, mengukir senyum di bibir tetapi  menghiris sedikit di dalam hati. Baru balik hari jumaat lepas ke malaysia. Makanan, Family,Televisyen,Astro,internet..sungguh selesa! Gembira!..terasa nak rehat dan nikmati keselesaan ni. Tapi bila wak Bilal sebut tentang dakwah, sedikit mengetuk balik tengkorak hati. 

Pengubat Hati.

Dakwah itu tugas setiap jiwa yang menyaksikan perkataan yang berat. Milik setiap jiwa yang bersetuju menjadi saksi. Menjadi tanggungjawab insan yang menggelar dirinya muslim, yang bangga dengannya dan ingin pula menyampaikannya pada orang lain. Menjadi saksi yang benar.  Yang benar saksinya bahawa Allah itu adalah satu-satunya Ilah dan Muhammad itu pesuruhNya. Maka tidak patutlah terus nikmati keselesaan ini. Perlu segera berpenat pula. Di sebabkan itu juga tulisan ini tercipta. Penulisan untuk mengubat hati yang  memfutur dek kesenangan dan keselesaan.


Ada insan yang berpesan pada ana, kalau suka menulis teruskan menulis. Abaikanlah ada yang membaca atau tidak. Yang penting teruskan menulis. Kerana menulis akan menguatkan dan membantu supaya fikrah dakwah tidak dilupakan..untuk mengingatkan diri sendiri, jika dapat mengingatkan jiwa-jiwa yang lain itu adalah nikmat Allah. Yang penting penulisan ini untuk mengingati diri sendiri. Semoga Allah menjadi saksi kita telah menjalankan sedikit usaha dakwah dengan menulis, dan semoga Allah memilih kita melakukan dakwah di medan lain pula. Marilah sama-sama perbaharui iman kita...haip2!

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنْ الْمُسْلِمِينَ
“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh.” (Fussilat 41: 33)

وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيمٍ
“Maka serulah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya engkau berada di atas petunjuk yang lurus.” (Al-Hajj 22: 67)

وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلَا تَكُونَنَّ مِنْ الْمُشْرِكِينَ
“Dan serulah kepada Tuhanmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah).” (Al-Qasas 28: 87)