"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Monday 1 July 2013

Mari beriman sejenak : Pak Cik Bilal


Selesai solat isya. Orang ramai mula keluar dari masjid.  Sebahagian jemaah  ke bilik khas menyediakan juadah moreh(jamuan kecil di surau/masjid) di luar ruang solat utama. Kedengaran bunyi enjin motor dihidupkan, sebahagian jemaah terus bergerak ke rumah seorang penduduk kampung kerana ada tahlil arwah. Sementara sebahagian jemaah sedang solat sunat di ruang solat utama.

Duduk di belakang, sudut kiri ruang solat utama. Baru membuka Al-quran tiba-tiba.. " assalamualaikum, ko siapa yea? Wak kok macam kenal je muke ko ni, tapi xingat siapa." Kedengaran satu suara pekat slang jawanya. Melihat ke depan. Berdiri seorang lelaki 50an  di hadapan ana. Ternyata beliau adalah bilal surau. Memang dari dulu lagi masjid itu dipenuhi alunan suaranya.

Senyum. "Saya anak misnan.." Jawab ana. " owh ye ke anak misnan?, patutlah macam kenal. Ko blaja mana yea?" tanya beliau lagi. "Saya hmm belajar dekat korea wak, baru balik jumaat lepas." Jawab ana lagi. Ana lupa nama wak (pakcik) tu. Sebab da lama sangat tak jumpa. Padahal kenal je dulu. Anak perempuannya dulu satu tadika dengan ana. Dan wak tu  kawan ayah ana.

Selesa.

Perbualan kami bersambung panjang. Macam2 kami bualkan. Sehinggalah kami menikmati moreh bersama. Beberapa kali juga dia bergurau pasal gangnam style, lawak jugak wak nih..hehe. Tetapi yang ana kagum dengan wak tuh sebabnya antara soalan awal yang di tanya pasal korea ialah pasal dakwah islam. " Dekat sana dakwah islam ok ke?"..tanya Wak Bilal tu pada ana. Tersenyum ana. Bukan apa, boleh dikatakan dia orang pertama yang ana jumpa, terus  bertanya tentang dakwah. Sedang kebanyakan orang mungkin bertanya tentang makanan, kpop dan sebagainya..

Kata-kata wak bilal tu, mengukir senyum di bibir tetapi  menghiris sedikit di dalam hati. Baru balik hari jumaat lepas ke malaysia. Makanan, Family,Televisyen,Astro,internet..sungguh selesa! Gembira!..terasa nak rehat dan nikmati keselesaan ni. Tapi bila wak Bilal sebut tentang dakwah, sedikit mengetuk balik tengkorak hati. 

Pengubat Hati.

Dakwah itu tugas setiap jiwa yang menyaksikan perkataan yang berat. Milik setiap jiwa yang bersetuju menjadi saksi. Menjadi tanggungjawab insan yang menggelar dirinya muslim, yang bangga dengannya dan ingin pula menyampaikannya pada orang lain. Menjadi saksi yang benar.  Yang benar saksinya bahawa Allah itu adalah satu-satunya Ilah dan Muhammad itu pesuruhNya. Maka tidak patutlah terus nikmati keselesaan ini. Perlu segera berpenat pula. Di sebabkan itu juga tulisan ini tercipta. Penulisan untuk mengubat hati yang  memfutur dek kesenangan dan keselesaan.


Ada insan yang berpesan pada ana, kalau suka menulis teruskan menulis. Abaikanlah ada yang membaca atau tidak. Yang penting teruskan menulis. Kerana menulis akan menguatkan dan membantu supaya fikrah dakwah tidak dilupakan..untuk mengingatkan diri sendiri, jika dapat mengingatkan jiwa-jiwa yang lain itu adalah nikmat Allah. Yang penting penulisan ini untuk mengingati diri sendiri. Semoga Allah menjadi saksi kita telah menjalankan sedikit usaha dakwah dengan menulis, dan semoga Allah memilih kita melakukan dakwah di medan lain pula. Marilah sama-sama perbaharui iman kita...haip2!

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنْ الْمُسْلِمِينَ
“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh.” (Fussilat 41: 33)

وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيمٍ
“Maka serulah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya engkau berada di atas petunjuk yang lurus.” (Al-Hajj 22: 67)

وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلَا تَكُونَنَّ مِنْ الْمُشْرِكِينَ
“Dan serulah kepada Tuhanmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah).” (Al-Qasas 28: 87)






No comments:

Post a Comment