"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Sunday 14 July 2013

Bad perenting

Selesai solat tarawikh.sedang berjalan keluar masjid, terlihat seorang kanak-kanak kecil. Sedang duduk di tangga. Kelihatannya khusyuk memandang sesuatu yang dipegangnya. Berjalan dekat ke arah kanak-kanak itu. Rupanya dia sedang khusyuk bermain game. Dia sedang memegang smartphone. Melihatnya teringat kepada Ihsan dan Iman. Dua kanak-kanak yang ana selalu jumpa semasa di korea atas hal tertentu.

Tegur.

Kenapa ingat pada mereka?. Manakan tidak, mereka penah menegur ana tentang penggunaan smartphone. " no smartphones and gadgets allowed in this room" kata Iman, yang baru sahaja berumur 7 tahun. Dia menegur ana yang pada ketika itu sedang menggunakan smartphone. Fahamlah ana, kanak-kanak perlukan tumpuan dari orang besar terutama ibubapa. Kadang2 kita tak perasan kita sibuk dengan smartphone, kita tumpukan perhatian pada orang lain. bukan pada kanak-kanak je malah orang dewasa sesama orang dewasa juga. mungkin dengan ibu bapa kita. mana kita tahu, ntah2 ,mak ayah kita ade terasa dengan kita sebab asik dok nergayut ngan fon.So, the first lesson is jangan guna gadgets depan kanak-kanak terutamanya bagi ibubapa,.

Peristiwa berbeza. Satu hari ana bawa ipad mini semasa berjumpa dengan Ihsan dan Iman. Mulanya ana saja ingin bermesra dengan Ihsan, jadi ana keluarkan Ipad, main game bola dengan Ihsan. Iman nampak ana main game bersama abangnya Ihsan, mula dia jeles. Mulalah mereka bergaduh. Dan, Ihsan pula seronok sangat rasanya dengan game tu asik selongkar beg ana carik Ipad tersebut. Akhirnya, ana menyesal bagi Ihsan main game tu. Baru sedar bagi main game dekat kanak-kanak is bad parenting. Tak bagus. So, second lesson is Jangan bagi gadget dekat kanak-kanak.

Seronok.

Gadget macam smartphone or ipad memang bagus banyak kegunaan. Tapi tak sesuai untuk kanak-kanak kecil. Dalam umur 7-10tahun umur sepatutnya kanak-kanak di kenalkan dengan Allah. Dididik mengenal Allah. Gadjet atau videogame akan merosakkn fikiran kanak-kanak yang akhirnya susah untuk fahamkan mereka tentang Tuhan, kerana minat mereka sudah tertumpu kepada keseronokkan gadget dan games.

Jadi, berbalik kepada kanak-kanak yang kat masjid tadi, sibuk dengan smartphonenya khusyuk main game ditangga surau sedangkan jemaah lain sedang solat. Silapnya bila anak kecil diberi gadget. Jujur, ana mempunyai henset sendiri pun selepas Spm guna gaji pertama masa buat part-time. Baru faham kenapa ayah ana tak kasi pakai fon masa sekolah.

Ini sekadar pendapat, tak salah dan tak betul. Mungkin boleh difikir2kan.hukhukhuk
Moga Allah redha.

1 comment:

  1. Setuju sebab sekarang budak budak skrg kenal gadgets sebelum Iqra' dan Al Quran. :(

    ReplyDelete