"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Friday 12 July 2013

Huduh kalau dikerat-kerat

Anda sekarang berada di kedai hadiah. Sedang memilih hadiah untuk seseorang yang istimewa. Mungkin sahabat, ibubapa atau guru. Perkara apa yang akan anda utamakan untuk memilih hadiah tersebut?. Harga? Kecantikam? Jenama? Atau yang penting ia berguna untuk penerima hadiah tu nanti?

Sebagai pemberi hadiah, kita mesti gembira tengok orang yang kita bagi hadiah tu dok selalu  pkai hadiah yang kite bagi. Rasa terharu pun ade kan..rasa dihargai bile orang pakai barang yang kita bagi.weeeeeeeeeee!

Jom kita pikir sat,

Rasa- rasa agama islam yang Allah dah hadiahkan ni kalau kita guna  mesti Allah suka kan. Takkan nak simpan je hadiah Allah bagi ni  dalam buku teks agama islam..eheh. 

ALLAH SWT berfirman yang artinya :
“Sesungguhnya agama(cara hidup) yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam”
[Ali Imran : 19]

Islam bukanlah sekadar agama buku teks. Islam adalah cara hidup. Makan,minum,buang air, beli-belah, bercakap, berhibur, berperang, berkawan dan macam- macam 'ber' lagi ada acuan islam.  Cara untuk dapatkan redha Allah hanyalah dengan mengamalkan agama islam dalam hidup. Kita guna hadiah yang Allah kasi..haip2

Contoh kalau kita dapat hadiah sehelai baju t-shirt laa kan, nak ke kita gunting baju tu jadi dua. Pastu kita pakai sebelah je baju tu. sebelah lagi berbogel riang terdedah badan kita. Baju yang kita dapat hadiah tu rosak la kan bila digunting camtu. Nak pakai pun nampak huduh bebenor. Keke

Begitu juga Islam, bila kita kerat sama-sini , huduh pula nampaknya nanti. Ada orang memilih amalkan islam pada majlis tertentu sahaja. Majlis kahwin dan majlis pengebumian. 
Ada memilih tutup aurat bila lawat kubur je, mungkin malu dengan mayat yang tak bernyawa. Ada memilih nak solat 5 waktu je, luar waktu solat tu satu kebebasan lakukan apa shaja. Ada memilih makan makanan yang halal je, perbuatan takda halal haramnya. Ada memilih cakap baik dengan orang tua je, dengan orang lebih muda boleh sumpah seranah tak tentu hala. Ya, ramai yang memilih. Islam dikerat-kerat. Dijuzukkan. Mana yang menguntungkan kehendaknya diikut, mana yang bertentangan dengan kehendaknya ditolak..dush!

Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud: 

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."

Masuklah kamu kedalam islam secara menyeluruh! Tapi macam mana? Jahiliyyah sangat menebal nih. Sobs. 

Sorang ikhwah yang ana cintai kernaNya, selalu berpesan supaya kuatkan hubungan dengan Allah. Ini masalah iman. Seorang pencuri takkan mencuri, seorang penzina takkan berzina jika ada iman dalam hatinya. Seorang muslim takkan mengamalkan sebahagian dan menolak sebahagian islam jika ada iman yang kuat dalam hatinya. Tidaklah dia sangsi dan ragu untuk amalkan islam jika benar imannya ye dok?

Tapi lagi satu persoalan, apakah cara terbaik menguatkan hubungan dengan Allah? Ana tiada jawapan, mungkin anda lebih tahu. Kerna perjalanan kerohanian setiap insan itu berbeza kan..cuma mungkin boleh dimulakan dengan membersihkan hati kita ni dengan 5 perkara..

1. Baca Al-quran dan maknanya,
2. Sholat malam dirikanlah,
3. Berkumpullah dgn orang yg sholeh,
4. Perbanyaklah berpuasa,
5. Dzikir malam berpanjangan

Kita perlukan tarbiyyah. Ikutlah usrah atau halaqah yang mendidik kita secara berterusan. Lagi best berubah reramai, ada kawan yang sentiasa tolong sama-sama nak ubah diri kita nanti :) kerna orang yang beriman itu bersaudara! Hoho

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment