"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Sunday, 30 December 2012

Jawapan Yang xde Dalam Buku Teks..



KENAPA AKU DIUJI ?

QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Ankabut : 2-3 

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan :
'Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi ?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ?

QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Baqarah : 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Baqarah : 286
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

KENAPA FRUST ?

QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Imran : 139
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang2 yg beriman

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ?

QURAN MENJAWAB :

Qs. Al-Baqarah : 45
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Tiada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah semata.

APA YANG AKU DAPAT ?


QURAN MENJAWAB :

Qs. At-Taubah : 111
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah utk mereka"

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

QURAN MENJAWAB :

Qs. At-Taubah : 129
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya.
Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.

AKU TAK SANGGUP !!

QURAN MENJAWAB :

Qs. Yusuf : 12
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.

.

Friday, 21 December 2012

KESALAHANMU ITU MEMBELENGGUMU!



Assalamualaikum.w.b.t saudara saudari yang membaca..
  
   Bismillah sebagai pembuka bicara untuk entry kali ini...sebelum start cerita, meh sama2 ucap alhamdulillah ucapan syukur kepada Allah yang Maha Esa, sehingga hari ini terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita yang lupa nak kita ucapkan syukur..kn? kn? kn?

  Hari ini saya nak share sesuatu yang ringkas tetapi cukup untuk membuat kita berfikir panjang...



Hasan Bashri pernah ditanya oleh seseorang, “Wahai Abu Sa’id, saya pernah tidur semalaman tanpa terjaga (diwaktu malam). Padahal saya ingin beribadah diwaktu malam, dan saya telah mempersiapkan diri dengan bersuci. Apa sebenarnya yang terjadi pada diri saya ini sehingga saya tidak mampu bangun?”. Hasan Basri menjawab, “Kesalahan-kesalahanmu telah membelenggumu”.

Imam Tsauri berkata, 
“Saya tidak dapat beribadah diwaktu malam selama lima bulan akibat suatu kesalahan yang telah saya lakukan”. Kemudian ia ditanya, “Kesalahan apa itu?” Ia menjawab, “Saya melihat orang menangis, lalu saya berkata dalam hati, itu pura-pura”.


  Pernah kan kita rasa ringan je nak buat ibadah, selepas beberapa ketika rasa berat pulak...mungkin ada kesalahan dan dosa yang kita lakukan dalam sedar ataupun tidak..Tanpa kita sedari dosa dan kesalahan itu menjadi titik-titk hitam dalam hati yang memberatkan hati kita untuk melakukan ibadah dan rasa jauh dari Allah. Kita sebenarnya dibelenggu oleh kesilapan kita sendiri.Maka  berusahalah menjauhi kesalahan dan sentiasa  perbaharui taubat kita :) 


 Seorang ulama berkata,


 “Sebagaimana solat mencegah perbuatan keji dan mungkar, maka perbuatan keji juga mampu mencegah solat dan amal ibadah yang lain”.








wallahua'lam..

saya mendoakan semoga semua pembaca entry ini sentiasa dilindungi Allah dari penyakit hati, ditetapkan iman serta dimurahkan rezeki..

Tuesday, 27 November 2012

ISLAM TIDAK BOLEH DIKURANG-KURANGKAN!







Assalamualaikum w.b.t..dan salam sejahtera...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah mari panjatkan syukur kepada Allah pemilik segala kepujian, Tuhan yang menghidupkan serta mematikan makhlukNya..

Islam itu tidak berhak ditambah~


     umat islam memang sedang berhadapan dengan islam yang ditokok tambah . Tokok tambah dalam agama mungkin wujudnya akibat sifat keterlaluan untuk mendekatkan diri kepada Allah tanpa ilmu serta tidak memahami hakikat islam.Sehingga islam itu ditokok tambah sesuatu yang tiada asal usulnya dengan agama islam..



Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya perkataan yang benar itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad dan seburuk-buruk perkara itu ialah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”
[H.R. Muslim]
Dari Aisyah ra. berkata: Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak.”
[H.R. Bukhari]



Islam itu tidak berhak dikurang-kurangkan~


Maka Bagaimana pula islam yang dikurangkan itu?.


Separuh duit dolar yang dikoyak sudah tentu tidak berharga kan? nak beli gula2 pon xlepas, kena selotip dulu jadi satu baru boleh..Bagaimana pula agama? bolehkah kita cuma mengamalkan sebahagian je dari agama? yang  kita xsuka kita tolak ketepi..tak boleh!! Agama bukan separuh2 je..bukan olok2.ramai orang islam yang mahukan islam itu mengikut kehendak nafsu, menerima sebahagian dari agama islam serta menolak sebahagian yang lain..sedangkan islam itu sempurna tidak perlu ditambah dan dikurangkan..


     Ada orang islam yang mahukan islam itu pada Aqidah sahaja tetapi tidak mahu pada ibadahnya. Maka tidak peliklah jikalau kita ada mendengar  ada orang berkata " asalkan aku beriman dengan Allah cukuplah tak perlu aku solat, puasa, bayar zakat, pergi haji pon tak mengapa!!"

      Serta ada oranng islam yang hanya mahukan islam hanya pada ibadahnya sahaja tetapi tidak mahu pada akhlaknya..maka tidak hairan pula kita melihat adanya orang islam yang sembahyangnya cukup tetapi buruk akhlaknya. malah berbangga dan biasanya golongan ini mendapat gelaran 'cool', 'macho'.."eleh kau! jahat2 aku mencuri, ak kurang ajar dengan mak ayah aku, aku hisap rokok, aku pukul orang tapi aku solat,aku puasa!! sambil bangga  berkata-kata dikhalayak ramai.


       Ada juga orang yang hanya mahukan islam pada akhlaqnya sahaja tetapi tidak mahu kepada ibadahnya…mungkin anda pernah mendengar orang berkata begini :" Weii ! walaupun aku ini tidak tunggang-tonggek bersembahyang,berlapar perut berpuasa,berhabis duit bayar zakat,turun naik airport pergi ke Mekah tetapi engkau akan menyedari bahawa aku ini baik orangnya,sopan santun dan penuh taat setia,pijak semut pon tak mati kau tau!!"

      Begitu juga ada orang islam yang beriman dengan setengah daripada ayat Al-Quran dan meninggalkan sebahagian yang lain!!.. mereka menerima hukum Allah yang menyenangkan mereka sahaja, yang tidak mereka sukai mereka tidak menerimanya. membaca  surah Yasin dan Ayatul Kursi,membacanya sebelum tidur,pada malam Jumaat dan pada waktu kenduri kendara tetapi berjual beli dengan sistem riba’ dan mengatakan dengan selamba chekodok : Sembahyang sembahyang,luar sembahyang lain cerita!! Atau : Politik politik lah,kau jangan campur-campurkan dengan agama!!..nauzubillah..
    sesunguhnya agama itu meliputi semua sudut kehidupan dari Akidah, ibadah, syariat, akhlak,kebersihan,jual-beli,pergaulan dan masing-masing tidaklah terpisah ibarat ikan yang tidak boleh terpisah dengan air, apabila terpisah akan mati ikan itu..begitulah Agama islam..tidak boleh dikurang-kurangkan..Apabila kurang tidak akan tertegak islam itu dengan sempurna malah berakhir dengan islam itu dimalukan oleh orang islam sendiri..