"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Monday, 1 July 2013

Mari beriman sejenak : Pak Cik Bilal


Selesai solat isya. Orang ramai mula keluar dari masjid.  Sebahagian jemaah  ke bilik khas menyediakan juadah moreh(jamuan kecil di surau/masjid) di luar ruang solat utama. Kedengaran bunyi enjin motor dihidupkan, sebahagian jemaah terus bergerak ke rumah seorang penduduk kampung kerana ada tahlil arwah. Sementara sebahagian jemaah sedang solat sunat di ruang solat utama.

Duduk di belakang, sudut kiri ruang solat utama. Baru membuka Al-quran tiba-tiba.. " assalamualaikum, ko siapa yea? Wak kok macam kenal je muke ko ni, tapi xingat siapa." Kedengaran satu suara pekat slang jawanya. Melihat ke depan. Berdiri seorang lelaki 50an  di hadapan ana. Ternyata beliau adalah bilal surau. Memang dari dulu lagi masjid itu dipenuhi alunan suaranya.

Senyum. "Saya anak misnan.." Jawab ana. " owh ye ke anak misnan?, patutlah macam kenal. Ko blaja mana yea?" tanya beliau lagi. "Saya hmm belajar dekat korea wak, baru balik jumaat lepas." Jawab ana lagi. Ana lupa nama wak (pakcik) tu. Sebab da lama sangat tak jumpa. Padahal kenal je dulu. Anak perempuannya dulu satu tadika dengan ana. Dan wak tu  kawan ayah ana.

Selesa.

Perbualan kami bersambung panjang. Macam2 kami bualkan. Sehinggalah kami menikmati moreh bersama. Beberapa kali juga dia bergurau pasal gangnam style, lawak jugak wak nih..hehe. Tetapi yang ana kagum dengan wak tuh sebabnya antara soalan awal yang di tanya pasal korea ialah pasal dakwah islam. " Dekat sana dakwah islam ok ke?"..tanya Wak Bilal tu pada ana. Tersenyum ana. Bukan apa, boleh dikatakan dia orang pertama yang ana jumpa, terus  bertanya tentang dakwah. Sedang kebanyakan orang mungkin bertanya tentang makanan, kpop dan sebagainya..

Kata-kata wak bilal tu, mengukir senyum di bibir tetapi  menghiris sedikit di dalam hati. Baru balik hari jumaat lepas ke malaysia. Makanan, Family,Televisyen,Astro,internet..sungguh selesa! Gembira!..terasa nak rehat dan nikmati keselesaan ni. Tapi bila wak Bilal sebut tentang dakwah, sedikit mengetuk balik tengkorak hati. 

Pengubat Hati.

Dakwah itu tugas setiap jiwa yang menyaksikan perkataan yang berat. Milik setiap jiwa yang bersetuju menjadi saksi. Menjadi tanggungjawab insan yang menggelar dirinya muslim, yang bangga dengannya dan ingin pula menyampaikannya pada orang lain. Menjadi saksi yang benar.  Yang benar saksinya bahawa Allah itu adalah satu-satunya Ilah dan Muhammad itu pesuruhNya. Maka tidak patutlah terus nikmati keselesaan ini. Perlu segera berpenat pula. Di sebabkan itu juga tulisan ini tercipta. Penulisan untuk mengubat hati yang  memfutur dek kesenangan dan keselesaan.


Ada insan yang berpesan pada ana, kalau suka menulis teruskan menulis. Abaikanlah ada yang membaca atau tidak. Yang penting teruskan menulis. Kerana menulis akan menguatkan dan membantu supaya fikrah dakwah tidak dilupakan..untuk mengingatkan diri sendiri, jika dapat mengingatkan jiwa-jiwa yang lain itu adalah nikmat Allah. Yang penting penulisan ini untuk mengingati diri sendiri. Semoga Allah menjadi saksi kita telah menjalankan sedikit usaha dakwah dengan menulis, dan semoga Allah memilih kita melakukan dakwah di medan lain pula. Marilah sama-sama perbaharui iman kita...haip2!

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنْ الْمُسْلِمِينَ
“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh.” (Fussilat 41: 33)

وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيمٍ
“Maka serulah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya engkau berada di atas petunjuk yang lurus.” (Al-Hajj 22: 67)

وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلَا تَكُونَنَّ مِنْ الْمُشْرِكِينَ
“Dan serulah kepada Tuhanmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah).” (Al-Qasas 28: 87)






Friday, 28 June 2013

Makcik yang pelik dan tragedi eksaited nak balik.



11:40 am

Selesai mengalas perut yang berkeroncong lapar. Ana dan sahabat fillah, Chad namanya , mula mengusung beg luggage serta beg galas ke stesen bas terdekat. Semangat, eksaited sungguh rasa. Manakan tidak, setahun lebih di korea firstime nak balik malaysia terchenta..eheh.

Bas berwarna biru bernombor 160 berhenti golek tayarnya di stesen itu. kami pun naik bas. Berharap akan berhenti di Stesen Bas Gongdeok dan akan menaiki subway terus ke Incheon International Airport. Duduk di seat paling belakang dalam bas. Berborak-borak cerita itu dan ini.

Nice to meet you.

Sedang kami rancak berborak. Seorang makcik yang pelik masuk dalam bas ketika bas itu berhenti di satu stesen. Makcik itu memandang kami. Senyum manis mukanya memandang kami. " 반갑다..반갑다..반갑다" Ataupun dlm english "nice to meet you". Berulang kali makcik tersebut ulang berkali-kali dan senyum sambil memandang ana dan Chad.

Terasa awkward seketika. Hanya mampu membalas dengan senyuman dan anggukan kepala. " kenapa makcik tu tiba-tiba?"..tanya ana pada Chad. "Ntah..buat xtau je" Jawab Chad.Setelah seketika, makcik itu menukar seat. Dia duduk dekat dengan pintu keluar bas.

Melengahkan masa.

Tiba di Gongdeok station. Ana dan Chad mengusung beg kami ke pintu keluar bas. Ana sudahpun berada di depan pintu keluar hampir saja melangkah keluar. Eksaited gilerr nak balik..hehe..Tiba-tiba makcik yang pelik itu berkata lagi " 반갑다!..반갑다..반갑다" diulang lagi perkataan sama. Kami terhenti seketika. Masa kami dilengahkan sesaat dua.

"가방!..가방!..가방 (bag)!"..dalam kebisingan bunyi enjin bas, makcik yang tidak henti mengulang perkataan sama dari tadi serta bising bunyi usungan beg kami, terdengar jeritan samar-samar dari seat belakang bas. Seorang lelaki korea, memegang beg galas kecil berwarna putih. Sedang menjerit ke arah kami mencari pemilik beg itu.
" eh itu beg ana" bentak dalam hati. Terus bergerak ke arah lelaki itu mengmbil beg dan mengucap terima kasih. Lalu kami turun.

Tersusun.

" ya Allah Chad, dalam beg ni ade passport, ade ic aku..kalau orang tu tak jerit td, al tak balik rumah menangis aku harini ㅠㅠ..alhamdulillah"..bersyukur..hampir-hampir tak balik rumah. " nasib baik makcik tu lengahkan masa kita, kalau tak kita mesti dah turun. Kau tak dapat balik malaysia da saeed" jawab chad.

Dush!..tertembak dengan kata-kata chad. Makcik yang mula-mula pelik ana lihat. Tapi makcik itu menjadi penolong ana. Kalau dia tak ulang-ulang perkataan yang sama, tidaklah dia lengahkan masa kami. Mungkin kami sudah turun bas awal. Tertinggal beg berisi passportㅠㅠ.

Benarlah, Allah menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Segalanya Allah dah susun cantik. Setiap orang yang ada di sekeliling kita Allah datangkan bersebab. Mungkin sebagai penolong. Mungkin juga sebagai ujian. Makcik dewan makan, cleaner, kawan-kawan, musuh-musuh walhal pengemis tepi jalan pun Allah temukan kita dengannya bersebab. Mungkin pengemis yang kita jumpa di tepi jalan, Allah nak uji kita ni kikir(kedekut) atau tak dengan nikmat yang Allah kasi. Mungkin banyak kali kita dah gagal bila kita cuma berlalu pergi ketika melihat pengemis tepi jalan. Tidak pun kita ingat Allah ketika itu kan?..Ooppss.ㅠㅠ

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)


Tuesday, 18 June 2013

Bukan salah makcik cleaner.


Sepasang mata itu.

" kita semua haruslah mempunyai hamasah yang kuat, sentiasa mentarbiyah diri menjadi individu muslim berusaha memiliki 10 muwasafat tarbiyah. Dengan itu baru laa kita dapat capai 7 maratib amal. Jadi jangan lupa la ye sentiasa kita perbaiki dan perkemaskan fikrah dakwah kita ni"..sang murabbi tersenyum semanis air tebu berkata kepada anak2 usrahnya yang 7 orang kesemuanya. Tekun mereka mendengar. Bersinar mata anak usrahnya bulat melihat sang murabbi melemparkan kata semangat dengan penuh hikmah.

Antara mata-mata bersinar itu, sepasang mata kurang pula sinarnya. Sebentar melihat ke kanan, sebentar melihat ke kiri. Terkebil-kebil . Perlahan tangannya mengangkat pena, mlua menulis sesuatu pada buku notanya. Mata itu kembali tertumpu kepada sang murabbi yang masih meneruskan bicara.

Makna.

Suara murabbi yang sangat lembut menyampaikan hujah pada anak usrahnya memenuhi ruang bilik. Selain itu hanya bunyi kipas usang serta cengkerik yang merindui pasangannya sahaja kedengaran. "Bang..." Bicara sang murabbi terputus seketika. Ternyata suara itu milik sepasang mata yang berpinar-pinar sebentar tadi. " err..hmm..ihiks..bang..nak tanya boleh?" Dia bersuara lagi. Sang murabbi mengangguk dalam senyuman megiyakan soalan itu.

" saya sebenarnya tak tahu apa maksud muwasafat tarbiyah, hamasah, maratib amal dan apa maksud fikrah..sobs.." Lontar pemilik sepasang mata itu. Senyum sang murabbi semakin lebar. Faham benar dia akan anak usrahnya. Baru sahaja menyertai usrah. Istilah-istilah itu masih lagi Jargon baginya.

Maka sang murabbi menerangkan satu persatu maksud istilah yang digunakannya. Tersenyum. Mata itu mula tunjukkan sinar. Gembira hatinya. Mengambil buku notanya menyalin semua makna maksud istilah itu disebelah perkataan yang disalinnya sebentar tadi. Harapnya jika terlupa bole merujuk buku nota itu. Istilah-istilah itu tidak lagi jargon baginya. Mata itu terus bersinar 

Jargon dalam dakwah.

Menurut encik google, Jargon are special words or expressions that are used by a particular profession or group and are difficult for others to understand.

Haip. Untuk orang yang tiada basic arab langsung, istilah arab yang diguna dalam dakwah ini menyebabkan diri mereka jauh dari dakwah ni sendiri. Mereka tak paham istilah yang diguna para daie. Eheh. Betul ke?

Tu alasan je. Ana yang reka. Alasan yang ana reka dan ana guna untuk elakkan diri dari medan dakwah ni sebelum ni.

Sebenarnya seronok belajar istilah baru ni. Jangan trauma dengar istilah-istilah baru ni. Banyakkan bertanya.weeee  Alhamdulillah, selama ana bertanya belum pernah lagi ana cedera parah terlantar di wad icu dua minggu.

Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”
- Imam Syafie -

Untuk yang baru je join usrah macam ana, atau yang teringin join usrah, meh sama2 banyakkan bertanya. Sampai bila nak bagi alasan tak tahu. Haip2!

Kalau tak tahu, bukan sebab istilah itu asing, tapi kita yang taknak ambil tahu. Takkan nak salahkan makcik cleaner hostel pulak..eheh

Assalamualaikum 





Monday, 17 June 2013

Beriman sejenak.



Cerita yang pendek untuk akal yang cerdek gituhh..

Esok exam final. Kasim cukup gementar.kadangkala menggigil kakinya. Sekali-sekala menggaru kepala. Sejak beberapa hari ini, harinya di gunakan sepenuhnya untuk mengulangkaji. Dia takut. Takut tidak cemerlang resultnya..fikirannya hanya ditumpu seratus peratus untuk exam. Jiwa dan raganya, malah tubuhnya sanggup diuji dengan bertahan untuk bersengkang mata sepanjang malam tanpa tidur. Tanpa dengkur.

Kadangkala terlupa dia untuk makan kerana terlalu fokus belajar.Malah dengkuran tidur roomatenya juga tidak mampu melarikan fokusnya. Fb,twitter,instagram kalah dengan keazamannya.

Kerna dia yakin, dia akan berjaya kalau dia berusaha sehingga ke saat terakhir masuk ke dewan peperiksaan. Dia yakin dan percaya dengan berusaha dia akan berjaya dia akhirnya. Dia mahukan kejayaan.

Itulah manifestasi keimanan Kasim yang sangat mantap terhadap exam yang dia akan hadapi esok hari.

Tamat.

Hanya untuk orang yang ingin berfikir. Selamat malam.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”. (At Taubáh: 111)

Segala Puji Dikembalikan untuk Allah.
Moga Allah Redha 





Sunday, 16 June 2013

Takde orang pun.

Bedtime story. Coretan ketika insomnia melanda.eheh


Takde orang pun.

Hari cukup panas. Singgah ke kedai, beli eskrem untuk hilangkan haus ditekak yang sudah lama kering. Habis eskrem dimakan, plastik pembungkus masih ditangan. Seminit berjalan tong sampah tidak ditemui. Toleh kiri dan kanan lalu plastik itu dibuang ditepi jalan. " takda orang nampak.xpela" bisik dalam hati.

" aku nak cite somthing nih tapi dia masih kat sini..tunggu dia pegi dulu"..5 kinit kemudian.." Okay line clear. Wei aku bukan ape, tapi macam kurang okay dengan dia tu. perangai dia ntah pape la. Bla bla bla".

"Eh, Harith tinggal fon dia. Bole aku hack die ni.hehe"..terdetik idea dalam fikiran ali melihat fon kawannya. Pada mulanya hanya ingin hack status fb harith sahaja. Tapi sifat ingin tahunya kuat. Inbox pesanan ringkas sms pun dibuka. History browser dan seterusnya. "Owh macamni rupanya harith. Tak sangka aku dia macam ni. Muka je baik.tapi masyaAllah". Monolog hati Ali mengetahui perkara tersembunyi yang dilakukan Harith.

Biasa.

Antara situasi yang lali. Sering dibuat. Mungkin ana mungkin antum. Allah lebih mengetahui. Situasi biasa yang Murka. Eheh. Tetiba murka lak nih apekah?

Ana ada satu cerita.

Pada satu masa terdapat seorang yang alim yakni yang berilmu, yakni Hatim Al Asam. Pada satu ketika dia sedang menuntut ilmu dengan gurunya. Disebabkan kebijaksanaan Hatim, gurunya gurunya melayan Hatim dengan layanan yang istimewa.

Sehinggakan murid yang lain merasa cemburu.
" wahai guruku, kenapakah engkau memberi layanan yang tidak adil? Mengapakah engkau melebihkan Hatim dari kami?"

Untuk menjawab persoalan muridnya itu, suatu hari gurunya memberi setiap dari mereka seekor ayam.
" kamu pergilah bawa ayam ini ke tempat yang sunyi. Pastikan tiada siapa yang melihat dan sembelihlah ayam ini. Setelah usai kamu menyembelihnya datanglah kembali kepadaku bersama ayam itu"

Setelah beberapa ketika, semua muridnya kembali dengan ayam yang sudah disembelih. Tetapi tidak pula Hatim. Dia masih membawa ayam hidup.

Guru itu bertanya, " wahai Hatim mengapa tidak engkau sembelih ayam itu"

" Bagaimana aku mampu menyembelih ayam ini guruku, sedangkan tiada satu tempat pun di muka bumi ini yang terlepas dari penglihatan Allah" jawab Haitam.

Itulah bezanya tahap ilmu Hatim dengan muridnya yang lain.

Nangesㅠㅠ

Inilah yang ana maksudkan murka. Tiga contoh perkara yang sering berlaku ana coretkan diatas serta berpuluh,beratus mungkin beribu lagi yang mungkin ana atau antum lakukan setiap hari, kelihatan biasa tetapi ia murka.

Membuang sampah merata itu zalim, mengumpat itu dosa serta menceroboh hak peribadi orang tanpa pengetahuan itu juga dosa. Tetapi dosa yang lagi besar sebenarnya tatkala kita buat dosa itu kita menafikan Allah sedang melihat perbuatan itu.

Jangan dilihat besar kecilnya dosa, tapi lihat besar dan Agungnya Allah padaNya kita berbuat dosa.

Potong bawang laju2

Ini bukan soal furuk atau soal cabang yang remeh. Ini soal akidah. Soal percaya, iman kita kepada Allah. Untuk membetulkan islam pada diri kita, soal akidah soal yang utama.

Petikan dari hadis,

" Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau " (HR muslim)

Ntah brapa kali ana ingat Allah ketika buat kerja harian? Antum?

Malam ini hati ditembak deras lagi.

Sesiapa uang kena tag tu padan muke..hihiks
Moga Allah redha. Tajdid niat.

Assalamualaikum.zzZZ
 

Thursday, 13 June 2013

Mari kita beriman sejenak.



Dalam solat empat rakaat. Rakaat pertama dan rakaat kedua belum tentu sama khusyuknya. Takbir dan rukuk juga belum tentu sama khusyuknya. Mungkin ketika takbir khusyuk. Baca Al fatihah dan surah lazim dalam keadaan khusyuk. Ketika rukuk kurang pula khusyuknya. Teringat assignment yang belum siap tersidai atas meja.

Dalam surau tak lepas quran sentiasa ingin dibaca. Rasa menusuk qalbu ketika membacanya. Sehelai, dua helai. Tiba helaian ketiga da tak rasa apa-apa. Tangan mula membelek fon , buka fb seketika. Leka . Sambung baca semula.

Yazidu wa yankuz.

Iman itu yazidu wa yankuz. Menaik dan menurun. Mungkin naiknya lama turunnya sekejap lepastu naik balik. Mungkin naiknya sekejap, turunnya lama tak naik-naik pulak dah. Nauzubillah. Hati anak adam itu lebih cepat berbolak balik dari air yang mendidih.

Tapi itulah.

Iman. Letaknya dalam hati, selagi ia ada beruntunglah diri. Jika tiada perlu dicari.

Ana suka berkongsi cerita . Cerita sahabat nabi s.a.w. tentang turun naiknya iman.

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.


“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar

“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”

“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”

“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saidina Abu Bakar terkejut.

“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”

Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan. Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.

Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.

“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”

Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”

Rasulullah tersenyum.

Lantas baginda bersabda,

“Demi yang jiwaku di tanganNya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. – HR. Muslim

Sifat iman manusia. Memang ada masa kuatnya. Jangan terlalu down kalau terasa lemah. Instead of menangisi kelemahan, carilah kekuatan. Eheh. 

Tangan yang menaip ini lekatnya pada tubuh ana. Maka pesanan ini lebih ditujukan untuk diri ana. Boleh juga menjadi ibrah untuk kawan-kawan semua.

Selamat malam.
TidozzZZ



















Wednesday, 12 June 2013

Nasihat

Hari yang bahagia. Allah tunjuk lagi dan lagi. Kita tahu salah lagi dan lagi. Alhamdulillah masa nak berubah masih diberi 


Study.

Dari awal pagi menghadap buku. Selak satu page, dua page, tiga dan empat sehingga beratus page. Nerves nak final tidak terkata. Nota ringkas, nota tak ringkas pun dah buat. Dalam asyik revise, sampai satu point. Erkk. Blank tetibe. "Ape aku da study td?" Bertanya hati, penuh curiga. Err..tak ingat ape nih ==" . Down seketika.

" shafiq,"
" nasihatkan aku apa2"
"Please..."
" yang bole naikkan iman"
"ㅠㅠ"..
Pesanan ringkas ana hantar kepada sahabat ana. Harapkan sedikit pembakar semangat hidupkan hati.

Penat study lama. Tak ingat apa2. Somthing kurang dekat hati. Mungkin sakit. Barangkali sudah mati.ㅠㅠ

Walaupun lambat reply sbb ada kelas..hehe sian die kena brainstorm nak nasihat apa kat ana. Nih ana dapat dari sahabat fillah..

" jangan sedih2 saeed"
" la tahzan innallaha maana"
"Sejengkal kita kepada Allah, 10 langkah Allah kat kita"
"Ce bukak surah Al ankabuut Ayat 2-3"
Reply shafiq..bersungguh jawapan yang diberi..ringkat..padat..lengkap..menangkap.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
[al ankabuut 2-3]

Kena tembak.

Kembali semangat. Allah nak uji. Mungkin juga untuk buat kita kembali. Hati memang perlu diketuk kembali. Lagi dan lagi.

Bila malam, tengah study. Sorang je kat bilik ni. Roomate korea memang selalu ade hal sendiri. Mulalaa terasa lonely.ihiks.

Tetiba dapat mesej dari kekasih hati yang satu lagi. Sahabat yang sorang ni duduk sorang. Independent orangnya. Taknak cerita semua. Malu pulak nanti dia. Berbual seketika.

"Awak ade orang atas katil, kite atas bawah kiri kanan sume dinding..haha"
Harith cerita dalam nada yang ceria.

Kena tembak lagi.

Gulp.ya memang patut bersyukur ana ada lagi roomate. Walaupun tak dapat nak communicate sangat sebab masalah bahasa. Tapi yang lebih terkesan, lonely tu memang tak patut digun untuk muslim. Once kita lonely, that moment kita lupa yang Allah ada. Kena buang perkataan lonely dari kamus muslim.Allah sentiasa ada.ㅠㅠ

Makin sayang dekat sahabat-sahabat nih. Bukan mereka berdua sahaja. Yang lain pun. Cuma tak dapat nak tulis cerita untuk semua

Jjazkallahu khairan kathiran
cc: Shafiq Aziz Mohammad Harith Rais



Hadiah.



Ngantuk. Mungkin kesan makan ubat sebelum tido. Perlahan mata ana terbuka.
Jari telunjuk tangan kanan ana menekan butang ipad yg terletak sebelah bantal. Nak pastikan dah subuh ke belum.

4.20am.

3jam tertido dek kesan ubat serta sebab penat barangkali otak menghadap buku chemistry seharian. Maka perlulah segera solat, subuh musim panas dah masuk awal, seawal 3.10am dan berakhir seawal 5.10am. Cabaran sungguh.Haip.

Perasan.

Baru nak keluar bilik, mata ana tertumpu pada skrin ipad lagi. Notification buble muncul. Terlampau mamai mungkin sampai tak perasan tadi ada notification. Ana pun ambil masa sekejap tengok message dari siapa pulak nih. Dup dap. Saspen sebentar. Adakah ini cinta?.eheh.

"Hi Saeed "
"nah"
"All the best exam!"
"Bittaufik wannajah"...berserta sekeping gambar yang telah diedit.

Tersimpul senyum ana pepagi buta nih . Pagi- pagi dah dapat hadiah 

Dari seorang akhi (saudara). Akhi sorang ni unik. Lebih suka membahasakan hasrat banyak pada tindakannya bukan pada lisannya. dia banyak ajar ana tentang kamera. Kamera itu ibarat taman permainannya. pernah sekali dia ajak ana keluar malam-malam untuk ajar nak guna kamera sampai pukul 4.30pg. Banyak dia tahu bab kamera nih. Jeles bebenor dengan dia.huh 

Sabda Nabi SAW:

"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang."
(Al-Mukjam Al-Awsat : 7448)

Moga dengan hadiah terbitlah kasih. Terbit kasih terbinalah sayang. Sayang bukan mudharat dan binasa. Tapi redha yang terpaut sama 

Jazakallahu khairan kathira ya akhi^^
"Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yg banyak."

Maka segala pujian ana kembalikan kepada Allah.

#Dapat hadiah gambar ni dari akhi Hazim Tamrin jam 1:55am 12.06.2013. rasanya ni gambah masa rehlah.ntah xpasti 





Tuesday, 11 June 2013

Kaler iman.



Mata tak bole lelap sebelum menulis.Maka ana menulis..

Seorang ikhwah dari jepun, datang ke korea baru-baru ini. Ana sempat berjumpa dengannya bertaaruf seketika. Ana perkenalkan diri ana, dia perkenalkan dirinya. Berborak, bercerita pengalaman macam mana berjangkit dengan bacteria baik tarbiyah ni.

Kesan.

Ana memberi perhatian penuh ketika dia bercerita. Seronok. Tenang air mukanya, ada toma'ninah dalam pergerakannya. Tersenyum sambil mengeluarkan kata, " Tarbiyah kita ni sebenarnya apabila tarbiyah orang memberi kesan kepada kita dan tarbiyah kita memberi kesan kepada orang lain" kata ikhwah tersebut. Panjang lagi dia cerita, tapi ayat ni yang masih ana fikirkan. Lama ana berfikir.

Betul.

Seketika berfikir, maka tidak dapatlah ana sangkal apa yang diperkatakan. Apalah lagi yang nak di buat dalam tarbiyah ini kalau bukan mentarbiyah diri untuk membawa orang lain ditarbiyah mengenal Allah. Mengenal agama Allah yang tertutup selama ini atas usaha tangan-tangan kotor. Kerna telah ditutup tangan yang kotor, tugas kita membersihkan. kita sendiri juga tidak terlepas terpalit dek kotoran, maka membersihkan diri seiring usaha membersihkan orang lain itu perlu.

Hebat sangat ke sampai nak bersihkan orang ni? Hek eleh.

Tak. Tak hebat pun. Ini bukan soal hebat. Tetapi lebih kepada soal tanggungjawab muslim. Kalau tidak kita, siapa lagi?

Ana cuma nak sampaikan, bahawa memang benarlah ikhwah memberi kesan kepada ikhwah yang lain. Kita kena banyak jumpa dengan ikhwah, beriman sejenak dengan mereka.

Bila berjumpa dengan ikhwah, iman kita bertambah.

Macam kita nak kaler satu kertas kosong. Setiap ikhwah tu ada satu kaler yang berlainan. Bila kita jumpa sorang, kita mintak dia kaler sket kat kertas kosong kita. Dah ade dua kaler dah. Then, carik lagi ikhwah lain untuk kaler kertas tu..sampailah sebahagian besar kertas tu da penuh dengan kaler. Pelbagai kaler.

Setiap ikhwah ada ilmu dan cara berbeza tapi fikrahnya sama. Maka, berjumpa mereka ambillah ilmu,mungkin dalam bentuk pengalaman mereka untuk perkemaskan fikrah kita pula. Dan begitulah hendaknya.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)

Maka segala puji dikembalikan hanya kepada Allah.
Tutup mata.tido.

Gambar dua ikhwah penchenta kucheng.hehe





















Sunday, 24 February 2013

"Ish, Ana nak buang sampah pun nak menyibuk"

 Asalamualaikum antum semua,apa khabar iman kita? mari sama-sama panjatkan rasa syukur serta perbaharui iman kita kepada Allah s.w.t..

   Sedikit perkongsian kali ini tentang apa yang ana lalui baru-baru ini. Ana kira perkara ini tidaklah besar mana kalau nak dibandingkan dengan besarnya stadium bukit jalil dan besarnya perut seorang ahli sumo..hehe tapi peristiwa ini berjaya menyebabkan rasa malu, rendah hati serta husnuzzon(bersangka baik) kembali bertapak dalam hati ana yang da kering dengan karat keegoan ni...aiyokk tak taiyokk

   Pada satu petang yang sejuk dan berangin kisah ini berlaku di suatu bagunan yang mempunyai penghuni yang osem seperti ana..awww..ok2 back to the story, ana tengah membantu roomate ana Rasyeed nama die yang tengah rajin kemas rumah *actually terpaksa time tu sebab ana tengah rehat malas2..hehe..maka apabila kemas2 rumah tu terbongkarlah encik sampah dan encik lipas yang menyembunyikan diri di rumah kami selama ini..

         Ditakdirkan kami memang tinggal dekat 5th floor tanpa lif , maka nak buang encik2 sampah tersebut perlulah dipikul ulang-alik 5 tingkat menggunakan tangga. Soal stamina tidak menjadi masalah kerana kami memang ada baka Usain Bolt, tapi ditakdirkan Allah pada hari itu,ketika itu tangga bangunan tersebut basah baru sahaja di cuci oleh cleaner bangunan tersebut.Kami pun  memikul encik sampah dengan penuh sopan santun kerana khuatir tergelincir.Satu2 anak tangga dipijak penuh teliti.


  Ketika berada di tangga tingkat yang terakhir, sambil memikul encik sampah yang banyak, kelihatan roomate ana tu sedang berbual dengan pak guard. Dulu pernah jugak kami buang sampah, pak guard datang bagi lecture pasal recycle sampah hampir sejam. Dengan bahasa korea yang pekat ana susah nak faham mmg ana angguk je sepanjang masa..Disebabkn pernah kena lecture ngan pak guard tu dulu terus ana terdtik dalam hati " ish, nak buang sampah mesti ade pakcik ni. sibuk je!"....kranggggg!!!..sejenak terdetik perkara tersebut dalam hati ana terus dengar bunyi sampah2 serta botol kaca jatuh dan ana sedar yang ana terlentang kat tangga tu..hambekk kau~

   Roomate ana nampak ana jatuh, die pun tros datang tolong ana kutip encik sampah yang bertaburan. ketika tu ana tanya roomate ana " pak guard tu ceramah lagi ke?"  rasyeed jawab, " takdelaa pakcik tu tolong asingkan sampah2 tu"..Astaghfirullah! time tu ana baru sedar, ana bersangka buruk dengan pakcik tu..Mungkn Allah nak bagi pengajaran supaya ana jangan bersangka buruk lagi. Ana bersyukur kerna ana jatuh dan masih hidup, andainya ana mati ketika itu?..nauzubillah..

  Maka perkongsian ana hari ini sebenarnya nak ajak antum semua sentiasa bersangka baik dengan semua orang. Jangan sesekali suuzzon yakni bersangka buruk kepada sesiapa pun tapi kena diselitkan dengan sifat hati-hati jangan lurus bendul pulak....ok??? 


“Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan”  

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim



Saturday, 25 August 2012

Air mata syawal

 
    Assalamualaikum semua pembaca, meh aku cerita pengalaman firstime beraya kat korea ni..Yup mmg ini firstime aku beraya jauh dari keluarga, bukan jauh tapi sangat-sangat jauh..haha

 Maklumlah bile jauh dari family time raya, firstime pulak tu adegan air mata memang banyak sket. Lagu raya pon kalau bole nak buat air mata darah keluar, semua lagu sedih2.hahaha

Hati anak yang mane tak luruh kalau dengar emak kita menangis..aku yang hati batu ni pon luluh dengar tangisan emak masa pagi raya..

time call mak pagi raya aritu "hello assalamualaikum mak, selamat hari raya..anak mak yang hensem ni nak mohon ampun maaf halalkan makan dan minum"..ayat ni je yg sempat keluar dari mulut. Emak balas mcm ni " tsk tsk tsk" bunyi emak menangis teresak-esak..

Alahai syahdunye la rasa time tu. Aku pon tak sedar pipi ak da basah..cepat2 aku lari keluar dari kawasan kedutaan malaysia nak elak kawan-kawan tengok ak menangis. nak cover macho laa kn..hehe..Masa tu la aku rasa aku menangis seikhlas-ikhlasnya atas dasar cinta kepada mak aku. Demi Allah, ketika itu aku merasakan aku macam budak kecil sembilan tahun menangis tanpa ada rasa segan silu..Ego yang selama ini menghalang aku untuk menangis hilang bile aku dengar tangisan kasih sayang seorang emak. Akhirnya selama 10 minit aku call, 8 minit abes untuk aku menanges berduet ngan emak tak cakap walau sepatah. Suara tangisan da cukup menyampaikan apa selama ini tersimpan dalam hati seorang emak dan seorang anak..hehehe

Lepas abes call emak, call bapak pulak..hehe time tu da tak nangis la kan..cover macho dengan bapak..hehe anak bapak kena laa kuat..Selalu pagi raya dapat cium tangan, peluk bapak kuat2, cium tangan emak, cium pipi cium dahi mintak maaf..Tahun ni janggal sikit cume dapat mohon maaf melalui call je. Hilang sket nikmat Allah..Tapi xpe, ni pengalaman yang baru..aku kan da besar..haha

lepas abes adegan airmata syawal tu barulah aku sambung raya aku bersama kawan2 dengan hati yg lebih tenang. Raya kat sini mungkin tak semeriah sambutan kat malaysia. Tapi sebab adanya kawan2 yang pelbagai ragam cukup untuk menjadikan raya kali ini mempunyai 1001 kenangan manis :)





    ni muke2 yang tak dapat  balik malaysia..kesian diorang..





      sebelum jamuan raya kedutaan malaysia bermula..ari sekejap dari keje



   ramai-ramai tido kat ambassy, bangun sama2 siap pakai baju raya.



   me and my son....bukanlaa anak kak fiza yang keje kat kedutaan malaysia, aqasha nama die




 jejaka-jejaka melayu beraya di korea..


Photo: Shafiq Aziz!

  azrin-shabrina-myzrita-shafiq



firdaus tolong hazim pkai sampin



 muke happy dak2 ni..



  peminat chealsea..haha



 one malaysia



 aktiviti sampingan lepas jamuan raya..lagu ape laa sam nyanyi die je paham..haha




facial expression terbaek sekitar sambutan hari raya kat korea ni..haha

terima kasih kepada irsyad ibrahim, kerana telah menyumbang gambar2 untuk blog ni tanpa rela..hehe

                 biji tembikai biji selasih, sudah bace terima kasih,
                             buah zaitun, buah tin, selamat hari raya maaf zahir batin..