Dalam solat empat rakaat. Rakaat pertama dan rakaat kedua belum tentu sama khusyuknya. Takbir dan rukuk juga belum tentu sama khusyuknya. Mungkin ketika takbir khusyuk. Baca Al fatihah dan surah lazim dalam keadaan khusyuk. Ketika rukuk kurang pula khusyuknya. Teringat assignment yang belum siap tersidai atas meja.
Dalam surau tak lepas quran sentiasa ingin dibaca. Rasa menusuk qalbu ketika membacanya. Sehelai, dua helai. Tiba helaian ketiga da tak rasa apa-apa. Tangan mula membelek fon , buka fb seketika. Leka . Sambung baca semula.
Yazidu wa yankuz.
Iman itu yazidu wa yankuz. Menaik dan menurun. Mungkin naiknya lama turunnya sekejap lepastu naik balik. Mungkin naiknya sekejap, turunnya lama tak naik-naik pulak dah. Nauzubillah. Hati anak adam itu lebih cepat berbolak balik dari air yang mendidih.
Tapi itulah.
Iman. Letaknya dalam hati, selagi ia ada beruntunglah diri. Jika tiada perlu dicari.
Ana suka berkongsi cerita . Cerita sahabat nabi s.a.w. tentang turun naiknya iman.
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.
“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar
“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”
“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”
“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.
Saidina Abu Bakar terkejut.
“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”
Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan. Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.
Hati mereka gementar.
Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.
“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”
Rasulullah bertanya. “Kenapa?”
“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”
Rasulullah tersenyum.
Lantas baginda bersabda,
“Demi yang jiwaku di tanganNya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. – HR. Muslim
Sifat iman manusia. Memang ada masa kuatnya. Jangan terlalu down kalau terasa lemah. Instead of menangisi kelemahan, carilah kekuatan. Eheh.
Tangan yang menaip ini lekatnya pada tubuh ana. Maka pesanan ini lebih ditujukan untuk diri ana. Boleh juga menjadi ibrah untuk kawan-kawan semua.
Selamat malam.
TidozzZZ
No comments:
Post a Comment