Bedtime
story. Coretan ketika insomnia melanda.eheh
Takde
orang pun.
Hari
cukup panas. Singgah ke kedai, beli eskrem untuk hilangkan haus ditekak yang
sudah lama kering. Habis eskrem dimakan, plastik pembungkus masih ditangan.
Seminit berjalan tong sampah tidak ditemui. Toleh kiri dan kanan lalu plastik
itu dibuang ditepi jalan. " takda orang nampak.xpela" bisik dalam
hati.
"
aku nak cite somthing nih tapi dia masih kat sini..tunggu dia pegi
dulu"..5 kinit kemudian.." Okay line clear. Wei aku bukan ape, tapi
macam kurang okay dengan dia tu. perangai dia ntah pape la. Bla bla bla".
"Eh,
Harith tinggal fon dia. Bole aku hack die ni.hehe"..terdetik idea dalam
fikiran ali melihat fon kawannya. Pada mulanya hanya ingin hack status fb
harith sahaja. Tapi sifat ingin tahunya kuat. Inbox pesanan ringkas sms pun
dibuka. History browser dan seterusnya. "Owh macamni rupanya harith. Tak
sangka aku dia macam ni. Muka je baik.tapi masyaAllah". Monolog hati Ali
mengetahui perkara tersembunyi yang dilakukan Harith.
Biasa.
Antara
situasi yang lali. Sering dibuat. Mungkin ana mungkin antum. Allah lebih
mengetahui. Situasi biasa yang Murka. Eheh. Tetiba murka lak nih apekah?
Ana
ada satu cerita.
Pada
satu masa terdapat seorang yang alim yakni yang berilmu, yakni Hatim Al Asam.
Pada satu ketika dia sedang menuntut ilmu dengan gurunya. Disebabkan
kebijaksanaan Hatim, gurunya gurunya melayan Hatim dengan layanan yang
istimewa.
Sehinggakan
murid yang lain merasa cemburu.
"
wahai guruku, kenapakah engkau memberi layanan yang tidak adil? Mengapakah
engkau melebihkan Hatim dari kami?"
Untuk
menjawab persoalan muridnya itu, suatu hari gurunya memberi setiap dari mereka
seekor ayam.
"
kamu pergilah bawa ayam ini ke tempat yang sunyi. Pastikan tiada siapa yang
melihat dan sembelihlah ayam ini. Setelah usai kamu menyembelihnya datanglah
kembali kepadaku bersama ayam itu"
Setelah
beberapa ketika, semua muridnya kembali dengan ayam yang sudah disembelih.
Tetapi tidak pula Hatim. Dia masih membawa ayam hidup.
Guru
itu bertanya, " wahai Hatim mengapa tidak engkau sembelih ayam itu"
"
Bagaimana aku mampu menyembelih ayam ini guruku, sedangkan tiada satu tempat
pun di muka bumi ini yang terlepas dari penglihatan Allah" jawab Haitam.
Itulah
bezanya tahap ilmu Hatim dengan muridnya yang lain.
Nangesㅠㅠ
Inilah
yang ana maksudkan murka. Tiga contoh perkara yang sering berlaku ana coretkan
diatas serta berpuluh,beratus mungkin beribu lagi yang mungkin ana atau antum
lakukan setiap hari, kelihatan biasa tetapi ia murka.
Membuang
sampah merata itu zalim, mengumpat itu dosa serta menceroboh hak peribadi orang
tanpa pengetahuan itu juga dosa. Tetapi dosa yang lagi besar sebenarnya tatkala
kita buat dosa itu kita menafikan Allah sedang melihat perbuatan itu.
Jangan
dilihat besar kecilnya dosa, tapi lihat besar dan Agungnya Allah padaNya kita
berbuat dosa.
Potong
bawang laju2
Ini
bukan soal furuk atau soal cabang yang remeh. Ini soal akidah. Soal percaya,
iman kita kepada Allah. Untuk membetulkan islam pada diri kita, soal akidah
soal yang utama.
Petikan
dari hadis,
"
Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika
engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau " (HR muslim)
Ntah
brapa kali ana ingat Allah ketika buat kerja harian? Antum?
Malam
ini hati ditembak deras lagi.
Sesiapa
uang kena tag tu padan muke..hihiks
Moga
Allah redha. Tajdid niat.
Assalamualaikum.zzZZ
No comments:
Post a Comment