"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"
Followers
Saturday, 15 June 2013
0 + 0 = 0.
Hari jumaat. Perjalanan dari university ke masjid memakan masa dua jam pergi balik naik train. Kalau tidak dimanfaatkan, maka kerugian untuk diri serta untuk umat. Terbaca satu article tentang Syakib Arsalan, seorang ahli politik serta pendakwah hebat dengan mata penanya yang tajam.
Ingin ana berkongsi cerita.
0 + 0 = 0.
Di dalam sebuah risalahnya yang diterbitkan pada tahun 1931 dan disiarkan salinannya di dalam majalah al-Muslimun, beliau ( Syakib Arsalan) berkata kepada salah seorang warga Palestin:
“Banyak surat-surat sampai kepadaku, sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestine. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan satu perhimpunan besar Islam, atau melantik seorang Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab: “Kita wajib memulakan usaha ini dari bawah. Kita perlu mentarbiyyah individu.”
Seterusnya beliau berkata: “Apalah gunanya mengadakan perhimpunan yang mengumpulkan orang-orang yang lemah, yang tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan apa-apa keputusan atau resolusi. Apa faedahnya itu semua?
"Adakah kamu mahu mengumpulkan angka - angka kosong?...
Yang mana bila kosong dicampur kosong jawapannya adalah kosong...
mahu tidak mahu kita mestilah bermula dari bawah...."
Sangat mendalam kata-kata ini. Fikirkan dengan hati terbuka dan akal yang rela.
Sentap.
Kenapa dikatakan kosong. Kerna islam telah pun jauh dari umat islam pada ketika itu. Jika dikumpulkan umat islam tidak akan memberi kesan. Malapetaka jatuhnya Khilafah itu tidaklah besar. Kerna yang lebih besar adalah umat islam tidak merasa apa-apa, buat tak endah ketika jatuhnya khilafah. Umat islam buta tuli tentang malapetaka yang terjadi. Butanya umat islam itulah malapetaka yang lebih besar untuk umatㅠㅠ
Bertambah yakin perlunya ikut usrah. Bertambah teruja untuk terus ditarbiyah. Ana tak mahu terus menjadi angka kosong untuk umat ini. Rugilah jika ana hanya melihat gerabak bergerak tetapi ana tidak menjadi penumpangnya.Haip2!
Maka segala pujian ana kembalikan kepada Allah.
Moga Allah Redha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment