"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Monday, 17 June 2013

Mati.



Mahu mengarang sesuatu. Tetapi orang mati mana bole buat apa-apa. Angkat kelopak mata pun tidak mampu, masakan mampu untuknya mengangkat jari untuk mengarang sesuatu.

Sia-sia.

Seorang yang mati tidaklah ia berguna pada orang lain. Duduk diam terkujur di dalam liang. Isinya reput dikunyah ulat. Tidak dihirau manusia sejagat. Adanya tidak menambah, tiadanya tidak mengurangkan.

Begitu hati yang mati. Turut mematikan segala tindakan. Tiada manfaat untuk diri, apatah lagi manfaat untuk diberi. ㅠㅠ

Karangan orang yang mati hatinya takkan menyentuh hati yang mati, separa mati dan yang hidup.

Maka eloklah berhenti. ㅠㅠ

No comments:

Post a Comment