"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Saturday, 8 June 2013

Guru kecil.



Hari ini hari terakhir dapat jumpa Iman dan Ihsan untuk tahun ni sebelum mereka balik ke malaysia untuk cuti raya.

Sedih.

Dalam tempoh sebulan, banyak yang mereka ajar. Ya, mereka banyak mengajar aku.
Mereka kecil. Malah sepuluh tahun beza umur. Tapi, kecilnya tubuh itu menyimpan besarnya hikmah. Allah perlihatkan melalui tubuh-tubuh kecil ni.

Satu hari, sedang bertanya kepada mereka kenapa kita kena solat? . Cuma berharap mereka solat bukanlah kerana disuruh atau terpaksa. " we have to pray because Allah has created us and so we can enter the good heaven" jawab Iman ,7 tahun, dengan penuh semangat. " yes, thats right! Good! and in heaven you can ask anything you love, you like and everything you want!" Aku sambung jawapan Iman. Tersenyum simpul aku mendengar jawapan Iman tadi. Lebih dari yang aku harapkan . Tiba-tiba.." Can we meet you in Heaven?!" Sergah Iman, bertanya dengan ekspresi muka yang teruja, matanya bulat tersenyum lebar..err..hmm.."maybe,.. insyaAllah" tergagap ak menjawab. Tiba-tiba terkedu tak tahu nak jawab apa. " can we meet you in heaven?" ㅠㅠ . " can we meet you in heaven?!" ㅠㅠ. Asik berlegar je soalan ni dalam kepala. Layakkah aku masuk syurga?..Allah...hati terketuk berlekuk dan kekok.

Peristiwa lain yang buat aku tersentuh. Ketika Iman dan Ihsan sedang belajar solat. Sedaya upaya aku cuba nak terangkan apa maksud niat solat. Macam mana nak tetapkan hati fokus kepada Allah ketika solat. Punya aku ulang banyak kali, mereka tak faham. Terutama Iman, dia baru 7 tahun, Ihsan 10 tahun, lebih mudah faham. Sampailah satu tahap Iman menangis. Iman nak solat tapi dia tak faham apa yang diterangkan. Dia teruskan solat dalam keadaan menangis. Matanya berair.terlihat keinginnannya untuk belajar solat. Aku sedih. Penat juga aku fikirkan apakah cara untuk fahamkan mereka. Bila aku fikirkan balik, masalah itu bukan pada Iman atau Ihsan. Tapi pada diri aku. Bagaimana orang yang tidak kenal Allah, ingin membuat orang lain mengenal Allah. Nanges. Aku belum cukup kenal Allah, macam mana nak bawak orang lain mengenal Allah.ㅠㅠ. Kalau kita tiada kek, macam mana nak bagi orang lain makan kek kn.. Simple. Hati aku ditembak deras.

Banyak lagi, tak dapat nak tulis semua. Tapi antara yang aku suka pasal janggut.
Tengah kami duduk2 berbual, Iman cakap "abang, can i touch your beard?" Lantas dia hulurkan tangan ke arah janggut sejemput bawah dagu aku. Lama dia main2 dengan janggut aku. Setiap kali jumpa mesti dia mintak pegang janggut nih..haih..awkward pada mulanya sebab tak pernah ada adik kecik perempuan. Tiba2 nak main2 dengan janggut nih. Tapi apa yang aku dapat, ini antara hikmah sunnah bela janggut. Kanak-kanak suka main janggut. Bole jadi pengikat kasih sayang. Bila ingat balik kenangan kecik2 dulu pun, sesiapa yang ada ayah yang ada janggut mesti ada kenangan ayah kita main2 dengan janggut lepas shave ><

Semuanya Allah yang atur. Maka segala pujian hanya dikembalikan kepada Allah.
Baiklah. Semoga jumpa lagi Iman & Ihsan. Guru kecil.
07.06.2013









2 comments:

  1. Anak siapa ni saeed?
    Btw, keep writing bro. Inspiring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni anak kak fatma yang keje dekat embassy ganti ayah asyrani..

      Delete