Assalamualaikum.w.b.t saudara saudari yang membaca..
Bismillah sebagai pembuka bicara untuk entry kali ini...sebelum start cerita, meh sama2 ucap alhamdulillah ucapan syukur kepada Allah yang Maha Esa, sehingga hari ini terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita yang lupa nak kita ucapkan syukur..kn? kn? kn?
Hari ini saya nak share sesuatu yang ringkas tetapi cukup untuk membuat kita berfikir panjang...
Hasan Bashri pernah ditanya oleh seseorang, “Wahai Abu Sa’id, saya pernah tidur semalaman tanpa terjaga (diwaktu malam). Padahal saya ingin beribadah diwaktu malam, dan saya telah mempersiapkan diri dengan bersuci. Apa sebenarnya yang terjadi pada diri saya ini sehingga saya tidak mampu bangun?”. Hasan Basri menjawab, “Kesalahan-kesalahanmu telah membelenggumu”.
Imam Tsauri berkata, “Saya tidak dapat beribadah diwaktu malam selama lima bulan akibat suatu kesalahan yang telah saya lakukan”. Kemudian ia ditanya, “Kesalahan apa itu?” Ia menjawab, “Saya melihat orang menangis, lalu saya berkata dalam hati, itu pura-pura”.
Pernah kan kita rasa ringan je nak buat ibadah, selepas beberapa ketika rasa berat pulak...mungkin ada kesalahan dan dosa yang kita lakukan dalam sedar ataupun tidak..Tanpa kita sedari dosa dan kesalahan itu menjadi titik-titk hitam dalam hati yang memberatkan hati kita untuk melakukan ibadah dan rasa jauh dari Allah. Kita sebenarnya dibelenggu oleh kesilapan kita sendiri.Maka berusahalah menjauhi kesalahan dan sentiasa perbaharui taubat kita :)
Seorang ulama berkata,
“Sebagaimana solat mencegah perbuatan keji dan mungkar, maka perbuatan keji juga mampu mencegah solat dan amal ibadah yang lain”.
wallahua'lam..
saya mendoakan semoga semua pembaca entry ini sentiasa dilindungi Allah dari penyakit hati, ditetapkan iman serta dimurahkan rezeki..
No comments:
Post a Comment