"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Thursday 12 March 2015

Pengalaman di Korea #1 : Labmate Korea, Janggut dan Jambang.



   kali ini aku nak share sedikit pengalaman-pengalaman yang banyak membuat aku lebih matang dan membuka minda aku sepanjang tiga tahun duduk di Korea ni. Cerita banyak, jadi aku akan pisahkan cerita -cerita ni pada post yang berbeza~


    Kisah ni masa kelas lab kimia dekat universiti. menjadi kebiasaan budak foreigner macam aku ni akan dicampak sorang-sorang dalam kumpulan dengan orang korea. Dalam group aku ni ade sorang perempuan dan sorang lelaki korea. Yang perempuan ni jenis banyak cakap dan banyak gelak. So masa buat experiment banyaklah yang dia cakap dan yang dia tanya. 

   Maklumlah orang Korea ni  pergaulan lelaki perempuan tak terbatas sedikit, jadi yang groupmate aku ni pun sambil bercerita dia sekali sekala tepuk bahu aku, kalau bukan aku nanti dia tepuk bahu grupmate aku yang lagi satu sambil ketawa. kekadang main selamba nak tarik-tarik pegang tangan. 

   Tapi sebab kita muslim, ada batasan kan?  bila dia nak tepuk or tarik tangan aku, aku terus tarik. Sampaikan dia pelik. Sampailah dia tanya kenapa. Lepas dia tanya tu barulah senang aku ceritakan pasal aku ni Muslim tak boleh sentuh-sentuh perempuan. Sehinggalah pasal janggut dan jambang pun dia tanya. "you keep your beard because of your religion?". "yes, i try to follow what my prophet did" aku jawab. Panjang berjela jugak nak terangkan sedikit sebanyak tentang Allah, Nabi Muahammad dll. Tak pasal-pasal grupmate aku dua orang tu dapat lecture agama free je tapi maaf, aku tak berilmu sangat nak cerita panjang-panjang takut dorang confuse lagi adalah nanti. Ditambah pulak bahasa campur-campur Korea+English = konglish..

     Macam-macam dia tanya lagi sehinggakan dia cakap " woah, you live, eat, and do everything because of religion" ( Sentap jugak, dia tak tahu betapa jahatnya aku sebenarnya T.T).  " I try to search a religion after finished my highschool, but i went to the religion place and they ask me to pay some fees. I do not think to meet God i have to pay money to them. Now i still have no religion" Kata dia. 

   Hmm kesian last sekali dia bagitahu die mencari agama, tapi dia kecewa disebabkan ada sesetengah manusia mencari keuntungan atas nama agama. Mencari untung dunia. tapi berbohong dengan nama Tuhan yang Esa.Aku cuma berdoa agar diorang dapat hidayah...Sem tu  je lah jumpa dorang dekat lab sesi soal jawab setiap hari . Lepas tu semua dah lost contact...but all in all aku dapat belajar yang sifat manusia tu sendiri sangat tamak sehingga menzalimi orang lain. Betapa kawan aku tu try nak cari agama, tapi kena bayar pulak macam masuk kelas senamrobik, terus susah nak percaya agama lagi dah.

   Sikap kita boleh menjadi fitnah pada agama itu sendiri, jadi berjagalah dan berakhlaklah dengan akhlak yang mulia..



    



No comments:

Post a Comment