"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Monday 9 March 2015

Pilihan Kita?

Kita sebenarnya diberi peluang memilih makna, cuma kita selalu terlupa.

   Adapun yang memilih makna kesederhanaan itu sebagai cukup. Dengan secebis biskut mampu membuat hatinya gembira.Adapun yang memilih makna kebahagiaan itu dengan timbunan ringgit. Dengan hilang wang seringgit hatinya sakit.Tidak heranlah ada orang yang nampak sia-sia. Tidak punya apa pada pandangan kita. Tetapi dia lebih kaya. Tika ia memilih makna bahagia itu letak pada lelah penatnya berusaha.

Tapi kita diajar untuk tidak memilih makna berbeza. Terpaksa hidup mengejar makna yg sama. Makna cantik itu diajar pada melepak putih halus kulit. terpaksa bersolek utk mencapai makna cantik.Makna berjaya itu diajar dengan kerjaya-kerjaya profesional. Maka peratus besar manusia gagal Kerna kerja mereka biasa-biasa?

Terus jiwa-jiwa takut mendefinisi makna sesuatu dengan definisi sendiri.kerna nanti berbeda. Takut terkeluar dari kawanan kelompok manusia yang 'gah".

Dalam keterpaksaan mengikut makna tafsiran org kebanyakan, kita memilih makna yang lebih besar. Makna tafsiran yg lebih tinggi nilainya. Yang sentiasa membuat jiwa kaya. Bebas dari penghambaan pandang-pandang manusia. Terus meliberasi diri dari belenggu makna yg kecil.

Cukuplah utk mencapai redha Ilah. Membuat kita rasa cukup dan sentiasa bahagia


 kita boleh memilih makna dalam setiap perkara dlm hidup. Apa pilihan kita?





2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. mohon saeed tinggalkan alamat email kerana saya ingin menghubungi saeed melalui email...
    tq

    ReplyDelete