"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Tuesday 10 March 2015

Soalan dan Jawapan Typical untuk Pelajar Malaysia di Korea

Setiap kali cuti aku banyak berjumpa rakan-rakan, cikgu-cikgu, junior sekolah saudara mara dan orang yang tak pernah aku kenal sebelum ni. Alhamdulillah sekarang mudah kalau berjumpa orang, kalau tak ada topik nak berbual buka sahaja cerita tentang korea pasti ada modal untuk dibualkan. Maklumlah sekarang kan kpop dah popular dalam kalangan orang malaysia. Cakap je runningman, exo atau drama korea. Selalunya mereka lagi tahu dari aku. Dan dari situ juga, aku perasan banyak orang aku jumpa, terdapat persamaan dari pertanyaan yang aku terima. Disini aku kongsikan sikit persoalan yang sering aku terima serta jawapan peribadi ikhlas suci murni harum mewangi. Mungkin ada sebahagian sahabat-sahabat yang turut mempunyai pertanyaan dalam hati tapi segan silu tanya tak mahu sedikit sebanyak terjawablah hendakNya.

1) Q :Best tak study kat korea? 
      
     A: Tak. Cakap pasal study bagi aku dekat mana-mana pun tak best. Letaklah dekat negara yang paling best paling cantik dan sebagainya. Lainlah kalau datang korea untuk melancong atau berbulan madu. InsyaAllah akan best. Tapi..ia bergantung pada individu. Kalau orang tu suka study maka bestlah baginya. Aku tak suka. Cuma bagi aku pengalaman-pengalaman yang berbentuk pembelajaran informal dekat korea tu yang best. Dari segi perbezaan budaya, mazhab dan pengalaman pahit manis nak survive dekat korea. Kebanyakan semua yang tak melibatkan masuk kelas dengar kuliah.

2) Q: Perempuan korea cantik tak?

     A: cantik. Perempuan mana tak cantik?. Tak cantik pada mata aku mungkin cantik pada mata Barack obama dan Al Sisi.eh. Cuba tengok artis-artis malaysia yang keluar tv. Rata-rata mereka adalah orang yang mempunyai rupa paras yang cantik. Ini untuk tujuan bisness. Kalau tak cantik mungkin kurang laku movie-movie atau drama kat tv. Begitu juga orang korea. Artis yang selalu keluat tv memang kebanyakan yang cantik-cantik. Sejujurnya ramai je yang pada mata aku tak cantik. Bergantung pada apa kayu ukur kecantikan pada kita. Kalau cantik itu pada putih gebunya pipi dan bentuk tubuh, maka itu cantik baginya. Kalau cantik itu pada budi, maka yang berbudi itu cantik baginya. Okay cukuplah. Terlalu subjektif untuk terus dibincang pasal cantik. 

3) Q : Senang tak nak cari makanan halal dekat korea?

     A: Senang. Kalau kita susahkn diri untuk nak ayam or daging sahaja memang susah. Tapi selain dari ayam dan daging banyak seafood yang kita tak perlu risau status halal. Boleh masak sendiri untuk lebih pasti halal dan jimat. Kalau ayam dan daging halal, boleh beli disekitar masjid besar di itaewon, seoul. Disitu banyak kedai-kedai muslim dengan pilihan makanan halal yang luas. Cuma harga mahal sedikit dari makanan-makanan lain. Untuk biskut-biskut biasa student malaysia korea ade call syarikat producer biskut tu untuk tahu status bahan yang diguna sebelum dimakan. Sebab kita kena tahu bahawa masyarakat korea sangat suka makan cik B. Mereka kata sedap cik B ni. Wallahualam.

4) Q: susah tak bahasa korea? Macamana nak apply study korea?

     A: untuk orang yang tak minat bahasa macam aku ni memang susah. Tapi ia tak menjadi masalah. Kami yang ambil program jpa untuk buat degree di korea wajib belajar bahasa korea selama 2 tahun. 9 bulan di malaysia dan setahun dikorea. Selama 2 tahun persediaan secara intensif insyaAllah membolehkan kita untuk faham orang cakap dan kita boleh bercakap dalam bahasa korea. Kalau tak ambil kelas bahasa korea memang susah nak survive. Sebab tak ramai orang korea boleh bertutur bahasa inggeris. Nak apply untuk undergraduate boleh buat lepas result spm keluar. Nanti government akan keluarkan tawaran secara online. Boleh apply online samada tawaran jpa atau mara. Biasa akan ada pengumuman bila tawaran dibuka. Macam aku dulu baca dekat surat khabar utusan.

5)  Q: Cantik tak korea?

      A: Korea negara empat musim. Musim sejuk, luruh , panas dan bunga. Pada aku secara peribadi, korea cantik pada musim sejuk dan luruh. Musim bunga pun cantik cuma malangnya musim bunga selalu terlampau singkat dan selalu kena dengan musim exam. Jadi tak dapat nak nikmati musim bunga sangat, kami lebih menikmati musim exam sebab kami student! hehe. Mungkin orang lain suka kot.plus,kata doktor aku allergic bunga. Bunga hati, itu lain cerita.

6)  Q: Orang korea baik tak?

      A: Secara keseluruhan yang aku pernah jumpa, orang korea baik-baik je. Mungkin ada sebahagian yang jahat juga. Macam aku pernah kena tipu dengan orang beli barang online sebanyak rm 1.2k. Tapi tak adil sebab dia tipu aku, aku nak label semua orang korea jahat. Sebab aku pernah hilang dompet berisi semua kad-kad bank dan resident card. Dalam masa sebulan ada orang yang sangat baik hati pos dompet aku ke rumah. Pada hemat aku, kalau dekat malaysia hilang dompet agak mustahil nak jumpa balik. Apatah lagi ada orang nak pos pulangkan ke rumah. Dan orang korea ni kebanyakannya sangat hormat orang lain.    Jadi kebanyakan masa kita akan rasa aman tenteram. 

***

Sekian sedikit sebanyak soalan tipikal yang asyik ditanya berulang kali setiap kali berjumpa orang ramai. Tak kisahlah kita berada di bumi mana, jangan lupa jati diri kita. InsyaAllah aku share lagi benda2 lain lepas ni. 

Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik di negeri  sendiri.



Jumpa lagi assalamualaikum~

p/s penulisan ini adalah penulisan yang diambil dari penulisan aku di FB tahun lepas cuma diedit sedikit. kbye~~




    Ni gambar Library University aku sekarang ni, aku ambil sendiri gambar ni masa mid term exam tahun lepas.
    



3 comments:

  1. pmikiran encik blog ni lain dr yg lain..pnglaman blja di korea.. curious

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan.Seronok baca pengalaman awak study di Korea. Saya akam berangkat ke Korea Jan tahun depan. Cuma nak tanya if awak.berminat untuk pesan makanan dari Malaysia. Sebab saya nak jual makanan Malaysia kepada pelajar di Malaysia dengan harga berpatutan.Tq

    ReplyDelete
  3. Hye , march 2016 saya ade pegi korea , agak2 boleh guide kami tak sebab 1st time pegi sana huhuhu

    ReplyDelete