"IT WAS LOVE AT FIRST SIGHT.THEN I TOOK A SECOND LOOK"

Followers

Friday 13 March 2015

Pengalaman di Korea #2 : Kejujuran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

   Post yang sebelum ni aku ada cerita tentang labmate korea aku yang mencari agama dan akhirnya kecewa sebab salah jumpa manusia yang tamak. Tapi hari ni aku nak cerita tentang Kejujuran orang korea.

Honesty Test Conducted in South Korea


 Hilang dompet.

    Aku ingat lagi, kejadian besar yang mencemaskan berlaku masa first year aku kat sini. Masa tu aku masih lagi dalam kursus persediaan bahasa korea. Nak dipendekkan cerita, di sebabkan rumah aku dengan university jaraknya mengambil masa lebih kurang 45minit- 1 jam, setiap pagi aku kena naik bas awal-awal . Ditakdirkan bahawa pada suatu pagi dalam suhu yang sejuk membeku ketika aku keluarkan kad T-money (touch n go kalau dekat Malaysia) , dompet aku pun tercicir dekat  tempat tunggu bas tersebut..

     Tak keruan aku dibuatnya, bukan sebab banyak duit dalam dompet tu sebab memang masa tu duit kosong dalam tu, tapi disebabkan kad-kad yang penting semuanya ada dalam tu! IC! Kad Bank! resit! Tambahan pula itu dompet kesayangan dah pakai 5 tahun, banyak kenangan dan bau-bauan yang tak dapat di cari ganti. T.T. Sedih sangat sebab dah lah jauh dari family kan, tapi mujur ada sahabat terutamanya housemate yang banyak membantu. 

     Yang menakjubkan dan sangat menarik kan, selepas sebulan dompet tu hilang dah buat kad IC dan kad bank baru, satu hari aku terima bungkusan pos.

       Guess what?! ada orang korea jumpa dompet tu dan dia post balik kerumah ikut alamat IC tanpa ambil apa-apa isi dalam tu! Dari peristiwa ni aku belajar, yang orang Korea ni jujur! well tak adil sebab sekali je kita nak cakap semua orang jujur. Tapi kawan aku pun pernah mengalami perkara sama. Hmm kalau hilang dekat tempat kita aku rasa aku dah pasrah anggaplah sedekah je. Dari situ jugak aku belajar yang masyarakat kita ada perkara yang perlu di didik tentang sifat jujur.


       Bagaimana dengan anda? pernah alami perkara sama macam aku?

No comments:

Post a Comment